in ,

4.2 Juta Penonton Saksi Ismail Izzani Tertipu! 

I Can See Your Voice Malaysia Musim 3 (ICSVYMY3) mencatat kadar tontonan secara purata iaitu 2.5 juta penonton sejak disiarkan pada 16 Februari 2020.

Lebih mengujakan apabila program hiburan nombor 1 di Malaysia ini telah mencecah 4.2 juta penonton di episod ketiganya yang menampilkan Ismail Izzani sebagai artis jemputan. (sumber: Nielsen Audience Measurement). Program yang diadaptasi daripada program hiburan popular Korea Selatan, ICSVYMY3 menceriakan hujung minggu anda setiap hari Ahad dari jam 9.00 sehingga 10.30 malam di TV3 dan boleh strim dalam definisi tinggi di laman sesawang www.tonton.com.my . Siaran ulangan dapat ditonton menerusi TV9 pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam. 

4.2 Juta Penonton Saksi Ismail Izzani Tertipu!

Empat episod yang lalu telah memperlihatkan artis jemputan seperti Sham Visa, Stacy, Ismail Izzani dan Siti Nordiana dalam mengenal pasti identiti penyanyi sumbang dan penyanyi sebenar. Program ICSYVMY3 pada minggu pertama telah menampilkan aksi sulung Yusry Abdul Halim sebagai ahli baharu dalam panel penyiasat suara sumbang bersama panel tetap dalam dua musim berturut-turut, iaitu Jihan Muse dan Mark Adam

Artis jemputan minggu pertama ialah Sham Visa, atau nama viralnya ‘Ironman Malaysia’ sebagai penyeri dalam episod tersebut. Mira Filzah dan Ropie turut hadir sebagai ahli panel penyiasat bagi minggu itu. Kehadiran mereka telah memeriahkan lagi ICSYVMY3 kerana keletah spontan dan lucu mereka. 

4.2 Juta Penonton Saksi Ismail Izzani Tertipu!

Minggu kedua pula membawakan Stacy sebagai artis jemputan. Turut hadir sebagai panel penyiasat jemputan ialah Kamal Adli dan Reen Rahim. Minggu ketiga memaparkan Ismail Izzani sebagai artis jemputan termuda kerana baru berusia 20 tahun. Turut hadir sebagai panel penyiasat jemputan ialah Nafiz Muaz dan Michael Ang. Kedua-dua Sham Visa dan Stacy telah dapat memilih penyanyi sebenar untuk menyanyi duet bersama mereka di akhir episod. Malangnya, Ismail Izzani telah tertipu dan memilih penyamar.

4.2 Juta Penonton Saksi Ismail Izzani Tertipu!

Minggu keempat yang baru bersiaran pada hari Ahad yang lepas menampilkan Siti Nordiana (Nana) sebagai artis jemputan. Turut hadir sebagai panel penyiasat jemputan ialah Azad Jasmin dan Nabila Huda. Kita sudah sedia maklum akan pengalaman hebat ketiga-tiga artis ini dalam dunia hiburan, jadi mampukah mereka meneka penyanyi sebenar dalam episod itu?

4.2 Juta Penonton Saksi Ismail Izzani Tertipu!

Adegan pilihan duet yang dilakukan oleh Nana dalam episod tersebut amat luar biasa apabila kesemua ahli panel sebulat suara memilih Nurul Natasya Noor Abdullah sebagai sebagai pasangan duet manakala majoriti penonton ingin melihat Nana memilih peserta bernama Mohd Harith Danial Kamarul Ariff. Siapakah di antara mereka berdua ini penyanyi sebenar atau penyamar?

Nana akhirnya memilih untuk menyingkirkan penyanyi misteri kedua, iaitu Nurul Natasya untuk ke pentas penentuan, di mana kesemua ahli panel terus mengangkat kerusi masing-masing dan menyorok dek malu apabila pilihan mereka merupakan penyamar bersuara sumbang. Buat pertama kalinya ahli panel lari dari pentas! Tahniah kepada Mohd Harith Danial Kamarul Ariff, seorang penyanyi sebenar yang telah berjaya ke pusingan akhir dan menjadi pasangan duet Nana. Beliau juga akan bersaing dengan penyanyi-penyanyi sebenar lain untuk menjadi artis di bawah naungan Monkey Bone dan Warner Music serta layak untuk merakamkan sebuah single

4.2 Juta Penonton Saksi Ismail Izzani Tertipu!

Bersiaran sepanjang 10 episod dan 1 episod khas, program ini mempamerkan seorang artis jemputan dan dua orang penyiasat jemputan untuk memeriahkan lagi suasana di studio ICSYVMY pada setiap episod. Tugas para penyiasat bertujuan membantu artis jemputan mengenal pasti siapakah penyanyi misteri suara sumbang dalam kalangan penyanyi misteri yang ditampilkan.

ICSYVMY3 mengekalkan pasangan hos dari musim lalu iaitu Shuk Sahar dan Sean LJE dan turut menampilkan Oppo sebagai penaja bersama untuk kali kedua dalam musim ketiga ini. Disokong oleh Hot FM sebagai radio rasmi, manakala xtra, Oh Bulan! dan Senang Terhibur ialah rakan digital. Kru penerbitan ICSYVMY3 diketuai oleh Mas Ayu Haji Ali sebagai penerbit eksekutif dan Lucent Chong Kien Wen sebagai penerbit dari Primeworks Studios.

4.2 Juta Penonton Saksi Ismail Izzani Tertipu!

Nantikan kemunculan Erra Fazira dalam episod kelima yang akan bersiaran pada 15 Mac 2020. Berhibur dengan pelbagai gelagat dan kejutan dalam ICSYVMY3 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim dalam definisi tinggi di laman sesawang www.tonton.com.my . Siaran ulangan juga dapat ditonton menerusi TV9 pada setiap hari Sabtu, pukul 9.00 malam. Gunakan tanda pagar #ICSYVMY dalam merancakkan perbualan di platform media sosial. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

What do you think?

64 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sharifah Sakinah Amal Kunyah Petai Elak Masalah Depressi & Stress

Gimik Menangis Air Mata Darah Aliff Syukri, Ini Pesanan & Nasihat Ibunya Paling Win