in , ,

38 Tahun Sentiasa Bersamamu, TV3 Kekal Menjadi Pilihan Nombor 1

Tanggal 1 Jun 2022, tarikh keramat ini menyaksikan TV3, stesen No 1 negara menginjak usia ke 38 tahun.

Sejak beroperasi pada tahun 1984, TV3 merupakan pilihan utama rakyat Malaysia yang mahukan kandungan program yang berkualiti dan terkini. Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-38, TV3 telah menyediakan pelbagai paparan menarik dan kejutan untuk menyemarakkan bulan istimewa ini. 

Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, “TV3 sudah bersiaran selama 38 tahun di negara kita. Zaman bersilih ganti, kita kini berada di era digital dimana semua maklumat dan kandungan hiburan hanya di hujung jari. Kandungan program juga tidak lari daripada melakukan pembaharuan dan pertukaran. Oleh itu, keseluruhan tenaga kerja dan krew produksi TV3 akan terus komited untuk memastikan jenama-jenama TV3 yang terpahat dalam hati rakyat Malaysia, seperti Buletin Utama, Anugerah Juara Lagu, 999, Majalah 3, Jejak Rasul, Malaysia Hari Ini dan Wanita Hari Ini berinovatif dan sentiasa menghidangkan paparan yang menarik serta memenuhi cita rasa penonton.” 

“Sepanjang bulan Jun ini, kami berharap penonton setia TV3 akan terhibur dengan paparan istimewa dalam program – program  terbitan kami, tidak ketinggalan juga telefilem gandingan pelakon – pelakon handalan tanah air, seleksi filem blockbuster di slot Panggung Sabtu dan slot Magnificent 8 yang akan membawakan siri francais filem Jurassic Park,” ujar Dato’ lagi. 

Sempena ulang tahun ini TV3 juga telah berkolaborasi dengan ilustrator Miriam Omar untuk menghasilkan karya seni ilustrasi yang menggambarkan perjalanan TV3, saluran suka ramai rakyat Malaysia sepanjang dekad. Sentuhan magis Miriam Omar juga menzahirkan kandungan popular TV3 dengan monumen dan bangunan ikonik serata Malaysia.

Buletin Utama, program TV nombor satu di Malaysia memaparkan 7 laporan khas bermula 26 Mei 2022 untuk mengira detik sambutan ulang tahun TV3 ke-38. Laporan-laporan khas tersebut menelusuri program-program TV3 yang berjaya memahat hati penonton setianya iaitu Anugerah Juara Lagu,  Majalah 3, Nona, Jejak Rasul, Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini, 999 dan tidak ketinggalan, Buletin Utama. Lebih istimewa, 12 penyampai berita legenda turut kembali beraksi di pentas Buletin Utama bersama-sama dengan para penyampai berita kini. 

Majalah 3 telah membawakan paparan istimewa tentang tragedi Highland Towers. Ketika tragedi tersebut berlaku, TV3 ialah wakil media pertama yang melaporkan berita dan perkembangan semasa pada masa tersebut. Selain itu, Majalah 3 juga akan meliputi evolusi perkembangan rancangan Majalah 3 seperti sorotan saat getir wartawan Fariha Onn yang membuat liputan kejadian letusan Gunung Merapi Jogjakarta. 

Pada 1 Jun 2022, Tanyalah Ustaz akan bersiaran secara langsung dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagi bacaan doa selamat, bersiaran bermula pukul 6.30 pagi di TV3 dan TV9. Episod istimewa yang membawakan topik “Nikmat Usia” pada hari tersebut dihoskan oleh Da’i Hadhari bersama panel Ustaz Rodhi Rejab dan Ustaz Zul Ramli. 

Malaysia Hari Ini dan Wanita Hari Ini memaparkan segmen khas bersempena dengan sambutan istimewa ini. Kedua-dua program ini turut mengajak penonton TV3 untuk menyertai pertandingan pulut kuning berhias dari 19 Mei hingga 26 Mei. Pemenang utama akan diraikan di siaran langsung Wanita Hari Ini pada 1 Jun 2022, pukul 12.00 tengah hari. 

Program Nona menampilkan Amyra Rosli bersama-sama dengan bekas hos program iaitu Neelofa di episod khas ulang tahun TV3 ke-38 yang bersiaran pada 5 Jun 2022, pukul 2.00 petang. Pasangan duo tersebut akan berbicara tentang topik pemerkasaan wanita yang lepas, semasa dan hadapan. 

Bagi peminat kisah-kisah jenayah, rancangan 999 akan menyiarkan interbiu oleh wartawan TV3 yang meliputi kejadian dan pembicaran kes-kes jenayah terkenal terdahulu pada 7 dan 14 Jun 2022. 999 juga menayangkan rakaman di sebalik tabir yang tidak pernah ditayang di kaca televisyen. 999 bakal menyingkap dua insiden yang menjadi pencetus pihak kerajaan menggubal undang-undang baharu iaitu insiden HIV dan polisi kad pengenalan Malaysia. 

Bagi pengikut setia slot Cerekarama, jangan ketinggalan untuk menyaksikan pelakon – pelakon popular tanah air menerusi 4 telefilem sepanjang bulan Jun ini, setiap hari Sabtu, 10.00 malam. Antaranya, Dendam Penunggu (Ismail Izzani & Shalma Eliana), Matahari Tak Bercahaya (Nad Zainal & Fattah Amin), Dania (Aedy Ashraf & Puteri Balqis) dan Langit (Eira Syazira & Azad Jasmin).  Lebih istimewa, terdapat dua telefilem yang diinspirasikan daripada 2 laporan khas program 999 iaitu insiden HIV (telefilem Matahari Tak Bercahaya) dan polisi kad pengenalan Malaysia (telefilem Dania). 

Panggung Sabtu bakal menyajikan filem-filem hebat Hindi lakonan bintang-bintang terkenal Bollywood seperti Salman Khan, Hrithik Roshan dan Aishwarya Rai. Nantikan kemunculan mereka bermula 4 Jun hingga 18 Jun setiap Sabtu jam 2.00 petang hingga 5.00 petang menerusi filem Bodyguard, Guzaarish, Main Aurr Mrs Khanna dan English Vinglish.

Seiring dengan tayangan filem terbaharu “Jurassic World Dominion”, slot Magnificent 8 akan membawa penonton ke pengembaraan Jurassic dengan tayangan siri francais filem Jurassic Park. Siri ini akan mula ditayangkan pada hari Ahad jam 3.00 petang bermula 12 Jun.

Bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun, TV3 akan mengadakan Fiesta TV3 Sentiasa Bersamamu di perkarangan Sri Pentaspada 18 Jun 2022. Pintu akan dibuka untuk khalayak seawal 9.00 pagi dimana seisi keluarga boleh beriadah dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan serta beramah – mesra dengan selebriti-selebriti popular. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari http://www.xtra.com.my/ dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.  Gunakan #TV3SentiasaBersamamu untuk menghangatkan perbualan tentang sambutan ulang tahun TV3 ke-38 di laman sosial media sepanjang bulan Jun ini. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azwan Ali | 23

“Kalau Jumpa, Tak Kena Penampar Pun Dah Kira Bagus,”- Yusuf Azmi

Idayu

Idayu Tampil Dengan Single Terbaru, Runut Bunyi Drama Jangan Menangis Cinta