in , ,

33 Orang Usahawan Capai Jualan RM1 Juta Ke Atas Pada Januari 2024

Seramai 33 usahawan dibimbing secara dekat bersama Mentor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta pada bulan lalu.

Kongsi Dr. Azizan, pencapaian tersebut membuktikan bahawa bangsa usahawan masih boleh berkembang meskipun dalam keadaan yang mencabar pada tahun ini.

“Saya dan RichWorks International tak bina usahawan capai jualan RM1 juta dalam 3 minit tapi kami bina 58 usahawan capai RM10 juta dan lebih 300 capai RM1 juta pada tahun lalu.

“Tahniah Khairulaming kerana menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang dengan saya boleh katakan 99 peratus persediaan menjadikan tiga minit itu kejayaan,” katanya dalam satu sesi khas di Facebook Azizan Osman Official semalam.

33 Usahawan Capai Jualan Rm1 Juta Ke Atas Pada Januari 2024

Tambah beliau, kejayaan itu tak berlaku sekelip mata tapi terdapat fasa-fasa dan proses persediaan dilakukan termasuk pembelajaran dan kegagalan yang dialami sebelum itu.

“Jika anda lebih bersedia untuk main ‘permainan’ ini, anda akan ada peluang lebih tinggi untuk menang.

“Apa saya nak katakan di sini adalah kefahaman sangat penting untuk seseorang usahawan bersedia untuk mencapai sasaran mereka,”

– Dr. Azizan

Dr. Azizan berkata, meskipun ketika pasaran ‘lemah’ tapi orang tetap membeli cuma persoalannya mereka membeli dengan siapa.

33 Usahawan Capai Jualan Rm1 Juta Ke Atas Pada Januari 2024

Sementara itu, beliau mengulas mengenai hantaran netizen mengenai produk Jajan Jijan yang dikatakan gagal, sebenarnya ia satu kejayaan dibuat sebagai kajian kes dalam satu kelas lebih kurang 10 tahun dulu.

“Saya tunjukkan kepada peserta macam mana saya membina jenama dari kosong, bagaimana nak keluarkan produk hingga boleh dijual.

“Bila kami lancarkan dalam kelas itu, lebih kurang 11,000 peket dijual dalam masa 30 minit,”

– Dr. Azizan
33 Usahawan Capai Jualan Rm1 Juta Ke Atas Pada Januari 2024

Dalam pada itu, RichWorks juga akan mengadakan bimbingan perniagaan bersama Dr. Azizan buat usahawan terpilih yang ditaja 100 peratus pada 21 Februari ini.

Mohon sekarang di richworks.com/businesscoaching/med.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ChocoAlbab

ChocoAlbab Rai Ejen, ‘Tapau’ Satu  Kapal Terbang Pergi Bercuti ke Langkawi

INTERCONTINENTAL HOTEL KUALA LUMPUR

Alamilah Anugerah Warisan Ramadan Ini di Hotel InterContinental KL