in , ,

2NE1, Taemin & Minho Gegarkan Waterbomb Singapore Ogos Ini

Viu Tambah Lagi Senarai Artis Gempak Untuk Festival Muzik Paling ‘Basah’ Tahun Ini – Waterbomb Singapore 2025 Kini Semakin Panas Dengan Kehadiran Nama-Nama Bertaraf Dunia

WATERBOMB SINGAPORE 2025 kini makin hangat dan penuh tenaga apabila Viu Singapore mengumumkan senarai tambahan artis antarabangsa dan tempatan yang akan membuat persembahan di festival muzik air paling epik tahun ini. Selepas barisan pertama diumumkan minggu lalu, pengumuman baharu ini menambahkan lagi keterujaan peminat dengan kemunculan lagenda K-pop, ikon solo serta kolaborasi tarian hebat, sekaligus menjadikan festival ini sebagai acara yang wajib hadir buat semua pencinta muzik dan hiburan di Asia Tenggara.

Festival ini akan berlangsung selama dua hari pada 30 dan 31 Ogos 2025, bertempat di Siloso Beach, Sentosa, sebuah lokasi pantai tropika yang cukup ikonik dan sesuai untuk sambutan musim panas dengan gaya penuh aksi dan basah-basahan. Dengan pantai yang indah, angin laut yang sepoi-sepoi bahasa dan suasana tropikal, ia adalah lokasi yang perfect untuk para festivalgoers lepas tension sambil menari dan menyanyi di bawah pancuran air.

WATERBOMB SG 2025 - Key Visual

2NE1 Bersatu Semula Buat Pertama Kali Di Luar Seoul

Antara kemunculan paling dinanti adalah kumpulan lagenda K-pop, 2NE1 yang dianggotai oleh CL, BOM, DARA dan MINZY. Apa yang menjadikan penampilan mereka ini luar biasa ialah ini kali pertama mereka bersatu semula sebagai satu kumpulan penuh di pentas WATERBOMB di luar Seoul. Dengan aura karisma tersendiri dan gaya persembahan yang tidak pernah mengecewakan, kehadiran semula 2NE1 pasti menjadi detik paling emosional dan ikonik buat peminat setia mereka dari generasi lama hingga baru.

Kemunculan 2NE1 juga menandakan satu titik penting dalam sejarah K-pop moden — bukti bahawa kuasa nostalgia dan solidariti girl group masih kekal relevan dan mampu menjadi headline besar di pentas antarabangsa. Ramai yang menjangkakan mereka akan mempersembahkan lagu-lagu klasik seperti “I Am The Best”, “Fire” dan “Come Back Home” dengan vibe dan semangat baharu.

MINHO

Taemin Dan Minho SHINee Bakal Buat Singapura Tak Duduk Diam

Buat peminat SHINee, festival ini menawarkan sesuatu yang istimewa kerana dua ahli popular mereka turut disahkan akan membuat persembahan. TAEMIN, yang dikenali dengan gaya persembahan artistik dan visual unik, akan kembali memukau selepas kejayaannya di WATERBOMB Seoul 2024. Turut serta ialah MINHO, yang terkenal dengan energi bertenaga dan interaksi mesra dengan peminat, menjadikan pentas Waterbomb kali ini bukan sekadar tentang muzik – tapi satu pengalaman yang penuh emosi dan adrenaline!

Kedua-duanya memiliki fanbase tersendiri yang besar dan setia di Asia Tenggara. Bagi peminat yang merindui vibe SHINee, ini peluang eksklusif untuk menyaksikan dua figura paling kuat dalam kumpulan itu beraksi secara solo dengan gaya tersendiri. Ramai menjangka Taemin akan mempersembahkan lagu-lagu solo penuh seni seperti “MOVE” manakala Minho akan tampil dengan aksi energetic dan rap yang padu.

Penampilan Eksklusif Dan Kolaborasi Yang RARE

Turut menarik perhatian ialah kemunculan JUNNY, artis Korea-Kanada yang semakin dikenali kerana keupayaan muzik pelbagai genre dan vokal lembut penuh jiwa. Junny membuat debutnya di pentas Waterbomb dan bakal mencipta memori baharu bersama peminat Singapura setelah mendapat sambutan hangat semasa lawatannya pada tahun 2023.

Antara kolaborasi paling dinanti adalah persembahan eksklusif oleh dua kru tarian paling berpengaruh masa kini – TEAM BEBE dan JAM REPUBLIC. Kedua-duanya bakal bergabung di pentas WATERBOMB buat pertama kali dan dijangka mempersembahkan koreografi penuh semangat, visual bertenaga serta keserasian yang mantap, menjadikan mereka antara tarikan utama acara tahun ini. Ini bukan sekadar persembahan tarian — ini pertembungan budaya, kreativiti dan semangat street dance yang membara.

Peminat K-pop pula akan disajikan dengan satu lagi momen nostalgia apabila dua bekas ahli kumpulan CLC, SORN dan SEUNGYEON, akan bersatu semula untuk satu persembahan kolaborasi khas. Gabungan mereka yang telah lama terpisah ini pasti akan menyentuh emosi peminat lama sambil memperkenalkan semula muzik mereka dengan sentuhan baharu. Ini momen rare yang susah nak dapat.

Bakat Tempatan Singapura Juga Diberi Spotlight

Bukan sahaja artis antarabangsa, bakat tempatan Singapura turut mendapat perhatian dengan penyertaan penyanyi berbakat Estelle Fly, yang dahulunya merupakan ahli kumpulan Jepun Sea*A. Kini, Estelle tampil dengan identiti muzik tersendiri yang diinspirasi K-pop, menjanjikan persembahan yang visual dan audio memukau.

Turut memeriahkan pentas ialah WHYLUCAS, satu-satunya wakil Singapura dalam program realiti Chuang Asia Musim 2, yang kini sedang meningkat naik dalam industri muzik serantau. Kemasukan mereka ini membuktikan bahawa festival ini bukan sekadar meraikan bintang global, tetapi juga menyokong dan mengangkat bakat tempatan ke pentas dunia.

Line-Up Sebelum Ini Dah Pun Padu, Kini Lagi Mantap!

Sebelum ini, barisan artis yang diumumkan telah pun mengundang kegilaan ramai, antaranya HUTA (Lee Minhyuk dari BTOB)JAY B dari GOT7ASH ISLANDAnson Lo dari MIRROR dan kumpulan ikonik EXID. Nama-nama besar ini sudah cukup untuk menggegarkan pantai Sentosa, tapi dengan tambahan terkini — festival ini dah naik level jadi “next level water rave” yang sebenar.

WATERBOMB SG 2025 - Ticketing Info 2

Tiket Dijual Sekarang – Jangan Tunggu Sampai Habis!

Tiket untuk Waterbomb Singapore 2025 kini boleh didapati secara eksklusif melalui Pelago, Rakan Tiket Rasmi acara ini.

Harga Tiket:

  • 1 Hari:
    • Premium PassS$258
    • General PassS$228
  • 2 Hari:
    • Premium PassS$458
    • General PassS$388

Faedah Premium Pass termasuk akses ke Zon Chillminuman tanpa alkohol percumakemasukan semula ke kawasan festival, dan laluan masuk khusus untuk pengalaman yang lebih selesa dan premium.

Usaha STB Menjadikan Singapura Sebagai Hab Acara Bertaraf Dunia

Menurut Pengarah Acara Rekreasi STB, Cik Guo Teyi, “Kami berbesar hati untuk menyokong Waterbomb Singapore 2025 yang kini kembali untuk edisi kedua. Kejayaan penganjuran sulung tahun lalu membuktikan potensinya untuk menarik peminat muzik dari dalam dan luar negara, sekali gus memperkayakan landskap hiburan Singapura dan mengukuhkan kedudukan kami sebagai destinasi utama untuk acara bertaraf dunia.”

Pihak penganjur juga turut berterima kasih atas sokongan berterusan daripada Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dalam menjayakan festival ini, sejajar dengan usaha menjadikan Singapura sebagai hab hiburan dan rekreasi global. Mereka juga berkolaborasi rapat dengan platform streaming Viu untuk memastikan penglibatan artis-artis ini dipersembahkan kepada khalayak yang lebih luas melalui platform digital.

Apa Kata Budiey?

Waterbomb Singapore 2025 bukan sekadar festival muzik air biasa, tapi platform pertembungan seni, muzik dan budaya pop Asia dalam satu ruang yang santai dan menggembirakan. Kemunculan semula 2NE1 sememangnya ‘game changer’, dan barisan artis lain yang diumumkan kali ini menjanjikan persembahan yang bukan calang-calang. Budiey yakin, ini akan jadi antara festival paling bersejarah untuk peminat K-pop di Asia Tenggara.

Sebagai seorang content creator dan KOL yang aktif dalam dunia hiburan dan pelancongan, Budiey rasa inilah masa terbaik untuk korang plan trip ke Singapura, bukan sekadar untuk festival, tapi untuk nikmati city vibes dan beach life yang rare macam ni. Kalau nak FOMO, silakan tunggu. Tapi kalau nak jadi antara yang pertama upload konten hype dekat Instagram & TikTok, korang tahu apa nak buat.

Jangan tunggu sampai harga tiket naik atau tiket habis! Book sekarang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netflix Tayang Trailer Akhir Drama Siri Squid Game Musim Ketiga