in

Drama Bersiri 2000KM KE AL-HARAM Lakonan Syazwan Zulkifly Dan Mia Ahmad

Selepas berakhirnya siaran drama bersiri popular “Pergilah Air Mata”, kini Radio Televisyen Malaysia menerusi saluran TV1 meneruskan drama bersiri melayu baharu bertajuk “2000KM Ke Al-Haram” yang bakal disiarkan mulai 5 November 2016, pada setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 7.00 malam di TV1. Slot Widuri yang menjadi pilihan penonton kali ini lebih istimewa kerana memperkenalkan barisan pelakon popular seperti Mia Ahmad, Janna Nick, Syazwan Zulkifly, Iqram Dinzley , Mawar Rashid, Amyza Aznan, Anne Abdullah dan ramai lagi.

Syazwan sebagai Hadi dalam 2000km ke Al Haram di TV1

Cinta Syazwan Zulkifly Dan Mia Ahmad Hingga Doha Menerusi “2000KM Ke Al – Haram” Mulai 5 November ini di TV1

“2000KM Ke Al-Haram” sebuah drama bersiri bertemakan kekeluargaan, percintaan, dan cenderung ke genre komedi dan islamik. Mengisahkan seorang pemuda bernama Hadi dibesarkan oleh ibunya, Salmah dan bapa tirinya Azli. Apabila dewasa, Hadi menyambung pelajaran ke luar negara. Sekembalinya ke tanah air, Hadi berubah menjadi seorang anak yang liar dan jauh dari pegangan agama hingga dia terlewat mengetahui keadaan Salmah yang sakit akibat kanser. Bapa kandung Hadi yang berada di Doha begitu ingin mengenali Hadi walaupun Hadi kelihatan dingin. Dia merancang untuk membawa Hadi ke Doha dan mengerjakan ibadah umrah bersamanya dengan harapan Hadi berubah menjadi lebih baik.

Perkenalan tanpa dirancang antara Hadi dengan Iqa tidak bermula dengan baik. Mereka sering bertelagah dan menyebabkan hubungan mereka amat dingin. Namun, pertunangan mereka sedikit sebanyak telah merubah dirinya menjadi seorang yang baik.

Hadi mula menunjukkan perubahan sikapnya apabila dia kehilangan pekerjaan. Hadi akhirnya bersetuju untuk mengikut bapa kandungnya, Suhaimi ke Doha. Di sana , Hadi sekali lagi bertemu Iqa. Pertemuan secara tidak sengaja antara dia dan Iqa telah menimbulkan satu perasaan istimewa. Namun kedua-duanya cuba menafikan dan Hadi mahu menyembunyikan perasaan terhadap Iqa.

Sepanjang di Doha, Suhami telah membimbing Hadi ke arah agama. Hadi diajar mengenai ibadah dan ilmu agama dengan harapan Hadi berubah menjadi hamba Allah yang baik. Namun, sebagai manusia bukan mudah untuk berubah menjadi insan yang baik. Malah setiap perubahan harus dilaksanakan dengan perlahan-lahan dengan niat yang murni. Bagi Hadi, “cinta” adalah kunci buat segala-galanya. Cinta juga bakal membawa perubahan dalam hidupnya terutama membina cinta ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Adakah Suhaimi berjaya membimbing Hadi ke arah yang lebih baik? Bagaimana hubungan Hadi dan Iqa? Saksikan kesudahan kisah mereka seterusnya menerusi dalam “2000KM Ke Al – Haram” mulai 5 November 2016 , setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 7.00 malam di TV1.

Nantikan lakonan mantap dari barisan pelakon iaitu Syazwan Zulkifly, Mia Ahmad, Iqram Dinzly, Janna Nick, Mawar Rashid, Nisdawati, Fauzi Nawawi, Liza Abdullah, Marisa Yasmin, Dato’ Jalaludin Hassan, Laila Nasir, Anne Abdullah dan Amyza Aznan.

drama bersiri 26 episod dalam 2000km ke al haram untuk TV1

Amyza aznan TV1

Bagi yang tidak berpeluang menonton di kaca TV. Anda boleh melayari portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga boleh ditonton melalui aplikasi rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cristiano Ronaldo Dedah Peroleh 225 Juta Euro pada Tahun 2015

Peraduan Premiere With Budiey Filem THE GREAT WALL