in

20 Platform Digital Tempatan Mudahkan Kehidupan Harian Rakyat Malaysia

Inisiatif Besar Daripada Pinn Yang Melalui Good Foodie Media Menawarkan Pelbagai Platform Mesra Pengguna Yang Merangkumi Makanan, Kewangan, Perjalanan, Hiburan Dan Kehidupan Seharian

Dalam dunia hari ini, kita semua semakin bergantung pada teknologi digital. Nak cari tempat makan? Online. Nak tahu cuaca? Online. Nak semak harga emas? Pun online. Menyedari hakikat inilah, Pinn Yang, Ketua Pegawai Eksekutif Good Foodie Media (foodiemedia.com) tampil dengan satu inisiatif yang besar – membangunkan 20 platform digital tempatan yang boleh memudahkan kehidupan harian rakyat Malaysia.

Menurut Pinn Yang, idea ini bukan sekadar projek teknologi kosong, tetapi lahir daripada kepercayaannya bahawa setiap rakyat Malaysia berhak menikmati akses digital yang mudah, mesra pengguna dan relevan dengan gaya hidup mereka.

“Kami percaya setiap rakyat Malaysia berhak menikmati akses digital yang mudah, mesra pengguna, dan relevan dengan kehidupan mereka. Sebab itu, dari Foodie.my hingga Goie.com, setiap platform yang kami bangunkan mempunyai satu tujuan yang sama iaitu memberi nilai sebenar kepada masyarakat. Sama ada mencari tempat makan, merancang bajet, memantau cuaca, atau merancang perjalanan, semuanya kini boleh dilakukan hanya dengan beberapa klik,” kata Pinn Yang.

20 Platform Digital Yang Lengkap Dan Serba Guna Untuk Rakyat Malaysia

Senarai penuh 20 platform digital yang kini tersedia di bawah Good Foodie Media ialah: foodie.my, penangfoodie.com, klfoodie.com, johorfoodie.com, malaysiahomie.com, travelrookie.my, WauPost.com, kalculator.my, weathertoday.my, waktusolat.info, rezeki.co, goldprice.com.my, alat.my, impian.co, visitmalaysia.com.my, pinnyang.com, techie.my, carbuddie.com, monie.my dan goie.com.

Setiap satu platform ini dibangunkan dengan fungsi tersendiri yang direka khas untuk menyelesaikan masalah harian rakyat. Ada yang fokus pada makanan, ada yang untuk kewangan, ada juga yang untuk hiburan, perjalanan, dan gaya hidup.

PINN YANG

Dari Foodie.my Hingga Goie.com: Platform Untuk Semua Kehendak Seharian

Kalau bab makanan, Foodie.my memang jadi bintang utama. Portal kulinari ini menghimpunkan destinasi makan terbaik di seluruh negara – dari restoran hipster di bandar besar hingga warung tersembunyi di kampung yang hanya diketahui “kaki makan”.

Untuk bab kewangan, Pinn Yang lancarkan Kalculator.my, kalkulator kewangan pintar yang membantu pengguna merancang bajet bulanan. Kalau nak tahu cuaca, terus sahaja ke WeatherToday.my yang menawarkan ramalan tepat, manakala WaktuSolat.info pula jadi rujukan penting untuk umat Islam menunaikan ibadah tepat pada waktunya.

Bagi mereka yang minat motivasi dan ilmu kewangan, Rezeki.co hadir dengan artikel keusahawanan dan pelaburan. Sementara itu, pelabur emas pula boleh ikuti pasaran harian melalui GoldPrice.com.my. Tidak ketinggalan, Alat.mymemudahkan perniagaan dengan pelbagai alat produktiviti, manakala Impian.co memberi ruang untuk inspirasi serta pembangunan diri.

Perjalanan, Hiburan Dan Gaya Hidup Moden Dalam Satu Ekosistem Digital

Malaysia terkenal sebagai destinasi pelancongan, jadi Pinn Yang turut bangunkan VisitMalaysia.com.my yang berfungsi sebagai panduan pelancongan menyeluruh. Bagi warga muda yang gemar hiburan, festival, atau konsert, kini ada Goie.com yang menyenaraikan acara hiburan terkini – sesuai untuk mereka yang suka “FOMO” kalau terlepas event besar.

Tambah Pinn Yang, “Ekosistem digital Malaysia semakin matang, dan kami bangga menjadi sebahagian daripada transformasi ini.”

Membentuk Gaya Hidup Digital Baharu Untuk Rakyat Malaysia

Kewujudan 20 platform digital ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah semakin selesa dengan solusi tempatan yang bukan sahaja praktikal, tetapi juga mudah diakses, bermanfaat, dan dekat dengan keperluan seharian. Lebih daripada sekadar aplikasi, ia kini menjadi gaya hidup digital baharu yang mewarnai wajah moden Malaysia.

Malah, kejayaan Pinn Yang tidak terhenti di sini. Beliau juga merupakan pengasas kepada beberapa jenama digital popular lain seperti PenangFoodie.com, KLFoodie.com, JohorFoodie.com, MalaysiaHomie.com, TravelRookie.my dan WauPost.com. Semua ini mengukuhkan lagi reputasinya sebagai salah seorang peneraju utama dalam membentuk ekosistem digital tempatan.

Apa Kata Budiey?

Budiey melihat inisiatif Pinn Yang ini bukan sekadar membina laman web atau aplikasi untuk keuntungan semata-mata, tetapi satu perubahan budaya digital yang memberi kesan terus kepada rakyat. Bayangkan, dengan hanya beberapa klik, kita boleh rancang percutian, kawal bajet, tahu ramalan cuaca, cari tempat makan, malah dapat motivasi untuk tingkatkan kerjaya dan kewangan.

Dalam dunia yang semakin pantas ini, kehadiran platform sebegini ibarat penyelamat masa dan tenaga. Lebih penting, ia membuktikan bahawa anak tempatan mampu bersaing dengan gergasi digital antarabangsa dengan membina sesuatu yang dekat di hati rakyat Malaysia.

Cadangan Budiey – inisiatif ini wajar diperluas lagi, mungkin dengan menambah platform khusus untuk kesihatan mental, pendidikan digital, dan komuniti setempat. Itu akan melengkapkan lagi ekosistem dan menjadikan Good Foodie Media sebagai payung digital paling komprehensif di negara ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fattah Amin & Amira Othman Raih 70 Juta Tanda Like di TikTok Selepas Nikah