in

2.3 Juta Tonton Perkahwinan DiRaja di ntv7

2.3 juta penonton saksikan Perkahwinan DiRaja di ntv7

Berbilion penduduk di seluruh dunia telah menonton perkahwinan yang bagaikan dunia dongeng dalam realiti di kaca TV mereka. Di Malaysia, sejumlah *2.3 juta penduduk kekal setia bersama ntv7, satu-satunya stesen TV tempatan percuma yang menyiarkan perkahwinan DiRaja antara Putera William dan Kate Middleton, untuk menyaksikan sejarah tercipta secara langsung.

64507971

“ntv7 amat bangga kerana berupaya menyiarkan detik-detik yang penuh bermakna dan bersejarah untuk penonton Malaysia secara percuma,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan untuk ntv7 dan 8TV. “Kajian AC Nielsen menunjukkan bahawa 2.3 juta penonton telah menyaksikan detik perkahwinan diraja Putera William dan Kate Middleton yang memukau itu menerusi ntv7”.

ntv7 juga merupakan satu-satunya stesen TV dalam negara yang telah menghantar wartawannya untuk membuat liputan di perkahwinan DiRaja itu. Saluran Ceria Anda juga telah menampilkan ulasan eksklusif oleh penyampai berita BBC terkemuka, Huw Edwards. Selain mengulas tentang perkahwinan itu, Edwards juga telah menemu ramah teman rapat pengantin DiRaja dan keluarga mereka.
*Berdasarkan Kajian Penonton Nielsen (Nielsen Audience Measurement) dalam jangka masa minima 15 minit.
Liputan Perkahwinan DiRaja juga boleh ditonton secara online selama seminggu di www.tonton.com.my. Setakat ini, jumlah tontonan video sudah mencapai 25,000.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my

Procession_3

Will & Kate Royal Wedding (1)

crowd_2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ning Baizura di Pelancaran The Twelve

Ujibakat Mari Menari Astro Musim Kedua