in ,

19 Tahun Berlalu, Baru Tahu Gerai Senario Sebenarnya Terletak di Sini

Masih ingatkah lagi anda dengan filem kegemaran ramai yang menjadi kegilaan pada suatu ketika dahulu?

Filem yang dimaksudkan adalah Lagi-Lagi Senario yang dibintangi oleh ahlinya termasuk Lan Pet Pet, Wahid, Azlee, Saiful Apek, Ani Mayuni dan ramai lagi.

Diterbitkan pada tahun 2001, filem berkenaan masih lagi mendapat perhatian ramai selepas salah seorang daripada pengguna Twitter memuat naik sebuah foto iaitu gerai yang popular menerusi filem berkenaan dan mengajukan soalan itu kepada pelakon dan pengarahnya, Saiful Apek serta Aziz M. Osman.

Assalamualaikum @saifulapek@AzizMOsman, boleh tahu tak lokasi warung legend ni kat mana?”

– AVATAR WAN

Ciapan tersebut berjaya dibalas Aziz M.Osman dengan menunjukkan keadaan lokasi gerai tersebut ketika ini:-

Lokasi Senario

Ternyata, gerai itu terletak berhadapan dengan Sri Pentas TV3, di Bandar Utama Selangor.

Gerai yang dahulunya dibina sebenarnya telah diubah menjadi tempat letak kenderaan.

Mungkin pada waktu itu, penggambaran boleh diambil susulan lokasi tersebut belum lagi menjadi sebuah tapak pembinaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sean | 23

Pelakon Filem James Bond, Sean Connery Meninggal Dunia Di Usia 90 Tahun

Siti Nordiana 2020 | 24

Perkongsian Uniknya Lenggong dalam Program PANORAMA Tarik Lebih Ramai Pengunjung