in , ,

Drama Bersiri ULYA & DINI Papar Isu Body Shaming & Buli Siber 

Isu Body Shaming Menjadi Nadi Drama Bersiri ‘ULYA & DINI’ setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 14 Februari 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104).

Drama bersiri ‘Ulya & Dini’ yakni hasil asal terbitan Global Station Sdn Bhd memaparkan kisah-kisah sosial yang berkaitan dengan isu body shaming serta buli siber yang kerap berlaku di kalangan masyarakat kita terutamanya golongan muda. 

Penceritaan menerusi 20 episod ini mengisahkan Ulya yang pada suatu ketika berbadan besar dan kerap kali dibuli oleh rakan-rakannya terutama Lin dan Dini. Namun hidup Ulya berubah apabila dirinya menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat. Dia berjaya menurunkan berat badan lantas menjadikannya influencer gaya hidup sihatterkemuka di platform media sosial.

Namun Ulya terpaksa kembali ke Malaysia untuk menguruskan penjualan rumah ibunya. Ketika kembalinya ke tanah air, Ulya bersua dengan pembuli lamanya, Lin dan Dini. Ketika konflik memuncak di antara kedua-dua wanita tersebut, bibit-bibit percintaan di antara Ulya dan Dini pun berputik.

Drama Bersiri Ulya &Amp; Dini Papar Isu Body Shaming &Amp; Buli Siber

Drama yang menyelit isu-isu sosial semasa ini mengangkat dua orang pelakon muda iaitu Shaza Bae sebagai Ulya dan Hun Haqeem sebagai Dini yang bakal menarik perhatian para penonton terutamanya golongan muda yang berkemungkinan terkesan dengan isu-isu yang dipaparkan.

Drama ‘Ulya & Din’ merupakan arahan pelakon serta sutradara muda yang berbakat besar, Tam Suhaimi dan turut didukung oleh barisan pelakon hebat seperti Afiq Muiz, Fara Nadiah, Catriona Ross, Syazlin Zainal, Che Kem dan Noralbaniah. 

Drama ‘Ulya & Dini’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 14 Februari 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusiaplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Drama Bersiri Ulya &Amp; Dini

Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Ria berkata:

“Isu-isu sosial semasa seperti ‘body shaming’ dan buli siber ini lebih banyak berlaku pada zaman sekarang kerana tekanan sosial di kalangan teman-teman mahupun keluarga. Naratif drama ini mempertengahkan tekanan yang dihadapi terutamanya di kalangan wanita. Lantas, drama rantaian ‘Ulya & Dini’ ini amat relevan di kalangan penonton-penonton bahkan masyarakat umum kita.”

“Ulya merupakan tunggak utama dalam penceritaan kami. Wataknya melalui pengalaman pembulian perit yang memberi trauma kepadanya. Walaupun patah semangat pada awalnya, Ulya bangkit untuk mengatasi pengalaman yang pedih tersebut dengan menempah nama sebagai ‘lifestyle influencer’ yang tersohor.”

“Selain daripada itu, drama ini turut menerapkan betapa perlunya sikap bertanggungjawab di kalangan pengguna media sosial untuk membanteras buli siber yang boleh memudaratkan mangsa. Kami berpeluang untuk bekerjasama dengan dua pelakon baharu yang berpotensi besar serta relevan. Shaza Bae merupakan ‘role model’ yang positif manakala Hun Haqeem telahpun melebarkan sayapya ke dalam bidang pengarahan pada usia yang muda. Ini boleh memberikan inspirasi kepada generasi muda.”

“Drama ini tidak bersandarkan kisah cinta semata-mata tetapi menggambarkan situasi sebenar yang dihadapi sesetengah masyarakat kita termasuk isu keluarga dan dilema sosial. Kami berharap penonton dapat menghayati jalan cerita ini sekaligus memahami emosi golongan yang terkesan.”

Tam Suhaimi (Pengarah Drama Ulya & Dini) berkata

“Masalah kesihatan mental sering mendapat persepsi daripada masyarakat walaupun kita tahu bahawa setiap tindakan akan ada kesan dan akibat serta sebab kenapa kita bertindak sedemikian. Kami ingin menunjukkan sisi dunia ini kepada masyarakat menerusi drama ini yang menceritakan tentang masalah-masalah seperti ‘body shaming’ dan buli siber, selain memasukkan elemen-elemen percintaan. Bukan itu sahaja, kami juga ingin menggambarkan ‘women empowerment’ sebagai sebahagian daripada jalan ceritanya yang mampu mengelak daripada menjadi sebuah drama cinta yang tipikal dengan dialog berbunga-bunga.”

“Tambahan pula, ini adalah kali pertama kami bekerja dengan Shaza Bae, Hun Haqeem dan Che Kem. Walaupun ketika penggambaran drama ini negara kita dilanda tragedi banjir yang memaksa kami untuk rombak semula lokasi penggambaran bagi menghormati situasi mereka yang menjadi mangsa, komitmen dan keserasian mereka daripada segi bekerja menjadikan semuanya senang dan berjalan dengan lancar. Set penggambaran kami sentiasa ceria kerana kami tidak mahu semuanya hilang semangat walaupun ditimpa cabaran.”

“Selain menampilkan pelakon-pelakon yang relevan dan mempunyai tarikan yang unik, tema yang dibawakan oleh watak Ulya dan Dini bukan sekadar sebuah drama percintaan tetapi membawa isu ‘body shaming’ dan ‘mental health’ sekali untuk memberi kesan yang lain kepada penonton dari segi perasaan. Kami berharap drama rantaian ‘Ulya & Dini’ ini mampu mengajar masyarakat kita untuk sentiasa menghormati antara satu sama lain serta memberi peringatan kepada kita bahawa setiap tindakan yang kita lakukan akan memberi kesan. Kami juga berharap agar penonton terhibur dengan penceritaan kali ini.”

Drama Bersiri Ulya &Amp; Dini

TRIVIA MENARIK DRAMA ‘ULYA DINI’

  1. Pelakon muda yang sedang naik iaitu Hun Haqeem & Shaza Bae diberi tanggungjawab sebagai tonggak utama. 
  2. Latar belakang drama bersiri ini mengenai seseorang yang dibuli hanya kerana berbadan besar. 
  3. Drama ini adalah original series dan tidak di adaptasi daripada mana-mana novel.
  4. Sebuah drama yang mempunyai kisah cinta, keluarga dan persahabatan yang sarat dengan pengajaran.  
  5. Lokasi penggambaran di sekitar Kepong, Klang, Port Dickson dan Sungai Buloh telah berjalan selama 60 hari pada bulan Disember lalu, kebetulan ketika negara sedang dilanda bencana banjir. Namun begitu, sesi penggambaran tersebut diteruskan dengan berhati-hati dan hal-hal melibatkan keselamatan pelakon dan kru terus dititiberatkan. 
  6. Penulis lirik lagu dan Komposer runut bunyi drama ini dibawakan oleh bakat baru yang semakin meningkat naik, Chubb-E, berjudul ‘Tiada Noktah’. 
Drama Bersiri Ulya &Amp; Dini Papar Isu Body Shaming &Amp; Buli Siber

PECAHAN WATAK DRAMA ‘ULYA DINI’

HUN HAQEEM sebagaiDini

SHAZA BAE sebagaiUlya

AFIQ MUIZ sebagai Hamdan

FARA NADIAH sebagai Najwa

CATRIONA ROSS sebagai Ummi Yana

SYAZLIN ZAINAL sebagai Lin

CHE KEM sebagai Encik Zaim

NORALBANIAH sebagai Mak

LOGLINE DRAMA ‘ULYA DINI’

Ulya terpaksa pulang ke Malaysia untuk membantu ibunya. Sebaik sahaja dia tiba di Malaysia, dia berjumpa dengan pembulinya semasa dia sekolah. Dini pula hidup dengan dipandang hina oleh orang sekeliling kerana dia dikatakan terlibat dengan kematian seseorang.

SINOPSIS DRAMA ‘ULYA DINI’

Mengisahkan Ulya, yang dulunya berbadan besar dan dibuli terutamanya oleh Lin, anak kepada usahawan kosmetik Umi Yana, dan Dini, abang kepada kawan baiknya, Hamdan. Selepas kematian ayahnya, Ulya menyambung pengajian di Amerika Syarikat. Di situ, hidupnya berubah setelah dia berjaya menurunkan berat badannya dan menjadi influencer gaya hidup dan kesihatandengan 80, 000 pengikut dari seluruh dunia. Pengikut Ulya memujanya tetapi mereka tidak tahu Ulya sebenarnya mempunyai isu kesihatan mental. Dia menghadapi bulimia dan serangan panik yang disangkanya sudah terkawal tetapi sebenarnya tidak. Selepas tamat pengajian Sarjana Muda, Ulya berpeluang menyambung ke peringkat pengajian Siswazah tetapi terpaksa pulang ke Malaysia untuk menolong ibunya jual rumah mereka. 

Walaupun Ulya berat hati kerana teringatkan ibunya yang kurang memberi perhatian kepada dia dan adiknya, Najwa, Ulya pulang juga ke Malaysia. Di Malaysia, berlaku satu insiden yang mencetuskan serangan panik Ulya selepas pertemuannya dengan Lin yang pernah membulinya dengan teruk yang akhirnya juga mempertemukan Ulya dengan Hamdan dan Dini. Insiden itu juga memberi idea kepada Ulya untuk bantu Hamdan yang dulunya kurus kini sudah gemuk dan kembali ke gaya hidup sihat. Kerana perasaan cemburu, tertekan serta dendam yang terpendam dalam hati masing-masing telah menyebabkan beberapa insiden dan konflik berlaku antara Ulya, Dini, Hamdan, Lin dan Najwa sekaligus merapatkan hubungan Ulya dan Dini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trending Gadget Call | 18

Jenama BlackBerry Akan Lenyap Untuk Selamanya, Tiada Pengeluaran Telefon Pintar Lagi

Fesyen Travel Trending | 19

Kembangkan Bakat Seni Kreatif Anda Di 5 Pusat Seni Di Negeri Selangor!