in ,

12 Geng YouTuber Bergaduh Di Gelanggang Futsal Ditahan Polis

Semalam viral di media sosial sebuah video pergaduhan di gelanggang futsal yang dikatakan melibatkan geng YouTuber yang sangat femes di Malaysia dan seantero dunia, rasanya tak perlu Budiey perkenalkan, rasanya korang tahu siapa Youtuber yang Budiey maksudkan, geng ini bergaduh dengan seorang lelaki. Dengar ceritanya, pergaduhan pukul beramai-ramai berlaku sebab ada yang tak puas hati dan juga perselisihan faham gara-gara futsal.

Kejadian itu berlaku di sebuah tempat bermain futsal di Subang Jaya dan video kejadian berkenaan sudah tersebar di media sosial.

Dikatakan geng ‘influencer’ yang aktif di YouTube itu telah memanggil rakan-rakannya untuk menyerang seorang lelaki sehingga menyebabkan kecederaan.

Menurut tweet adik lelaki berkenaan di Twitter, wajah abangnya yang koyak itu terpaksa dijahit. Laporan polis telah pun dibuat oleh mangsa dan kini kes ini dalam siasatan pihak berkuasa. 

Seorang Youtuber terkenal didakwa bertindak ganas memukul seorang pemain futsal hingga cedera dalam satu kejadian pergaduhan di Gelanggang Futsal Ferro di Subang pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu, mangsa didakwa diserang oleh 25 orang termasuk Youtuber berkenaan hingga mengalami kecederaan teruk di muka serta badan.

Menerusi satu video berdurasi lapan saat yang tular di laman media sosial menunjukkan aksi pergaduhan itu malah ada yang turut melaungkan kata-kata kesat.

12 Geng YouTuber Bergaduh Di Gelanggang Futsal Ditahan Polis

Difahamkan, pergaduhan tersebut tercetus selepas mangsa meleraikan pergaduhan antara dua individu ketika berada di gelanggang futsal.

Beberapa minit kemudian, salah seorang didakwa datang semula bersama 25 individu lain sebelum memukul mangsa hingga cedera.

Sementara itu, rata-rata netizen mengecam tindakan itu dengan mendakwa perwatakan individu tersebut sebagai seorang Youtuber tidak mencerminkan personalitinya di media sosial.

Menurut Bakhtiar Ikhwan melalui ciapan di Twitter, dia tidak menyangka selama ini memikirkan Youtuber itu seorang yang baik kerana sering membuat video membantu orang ramai.

“Selama ini fikir baik sangat kerana buat kandungan tolong orang, sedekah sana sini, dasar pura-pura. Sebab tak puas hati terus ajak lima kereta pukul orang,” tulisnya.

Bakhtiar turut memuat naik foto dan video pergaduhan tersebut selain laporan polis yang dibuat mangsa.

12 Geng YouTuber Bergaduh Di Gelanggang Futsal Ditahan Polis

12 individu Termasuk Youtuber Bergaduh Di Gelanggang Futsal Ditahan

Polis mengesahkan penahanan 12 individu termasuk seorang YouTuber yang terbabit dalam satu pergaduhan di sebuah gelanggang futsal di Taman Perindustrian Subang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, kesemua tangkapan dibuat kira-kira pukul 1.30 pagi tadi menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang.

“Tangkapan dibuat oleh sepasukan polis dari Cawangan Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Subang Jaya susulan laporan yang diterima di sekitar Jalan Persiaran Kewajipan, USJ 8, Subang Jaya

“Tangkapan pertama dibuat kira-kira pukul 1.30 pagi melibatkan tujuh lelaki tempatan berusia 18 hingga 28 tahun dan tangkapan kedua pula pada pukul 1.50 pagi melibatkan lima lelaki berusia awal 20-an,” 

12 Geng YouTuber Bergaduh Di Gelanggang Futsal Ditahan Polis

Menurut Abd. Khalid siasatan berhubung kejadian sedang dilakukan dan kesemua tangkapan telah diberi reman selama sehari oleh mahkamah bagi memberi ruang siasatan dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” tegas beliau.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu, seorang lelaki mendakwa telah diserang oleh sekumpulan lelaki lain termasuk YouTuber berkenaan hingga mengalami kecederaan teruk pada muka serta badan.

Menerusi satu video berdurasi lapan saat yang tular di laman media sosial menunjukkan aksi pergaduhan itu malah ada yang turut melafazkan kata-kata kesat.

Menurut mangsa, pergaduhan tersebut tercetus selepas dia meleraikan pergaduhan antara dua individu ketika berada di gelanggang futsal.

Beberapa minit kemudian, salah seorang yang terlibsat dalam pergaduhan itu didakwa datang semula bersama beberapa individu lain sebelum memukul mangsa hingga cedera.

iSarb Hafiz Dakwa Kena Belasah Dulu Oleh Kumpulan Influencer Beramai-Ramai?

Semalam viral di Twitter tentang kumpulan Youtuber terkenal telah membelasah seorang individu yang cuba meleraikan pergaduhan. Antara nama yang dikaitkan dengan pergaduhan ini adalah isarb Hafiz.

Bagaimanapun, Hafiz telah kongsikan satu gambar screenshot di Instagram miliknya yang menceritakan apa yang berlaku sebenarnya.

ISARB CLAN

Berdasarkan perkongsian @boy_dawson, menunjukkan screenshot perbualan yang menyatakan Hafiz telah dibelasah dahulu beramai-ramai yang juga merupakan kumpulan influencer.

Kumpulan influencer ini juga telah mengajak Hafiz untuk bermain futsal dan Hafiz telah dibelasah ketika bermain. Hafiz yang teruk dibelasah kemudian mengadu kepada kumpulan lain yang datang untuk membalas dendam.

Apapun perkara ini boleh diselesaikan secara baik dan bukannya dengan cara bergaduh. Buat masa sekarang biarlah pihak polis melakukan siasatan yang kini telahpun berjaya menahan beberapa individu terlibat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PM Tetamu Pertama Masuk Kaabah Sejak Penularan Covid-19

Tuah Menang RM1 Juta, Jutawan Muda Jadi Buruan ‘Keluarga’ Di Facebook