12 Finalis OIAM Berentap Kali Pertama Jumaat Ini

SIAPAKAH PESERTA top 12 one in a million?
8TV mengumumkan 12 finalis OIAM Musim ke-3

Setelah melalui beberapa sesi penyingkiran, ONE In A Million (OIAM) kini telah menemui 12 peserta terbaik untuk berentap ke peringkat seterusnya. Kesemua finalis akan membuat persembahan di hadapan penonton pada setiap Jumaat, jam 9.30 malam secara langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam bermula 20hb. Februari 2009  hanya di stesen 8TV!

12 finalis yang terpilih ialah Amylea, Tomok, Pija, Nine, Simon, Esther, Aweera, Han, Anith, Ayu, Rizu dan Fify.

Ayu, 2o tahun, pelajar, Johor Bahru

Fify, 19 tahun, Penyanyi sambilan, Terengganu

Pija, penyanyi, 20 tahun, Kota Kinabalu Sabah

Amylea, 21 tahun, penyanyi, penulis lagu, Alor Setar Kedah

Anith, Lepasan SPM, 17 tahun, Kuala Lumpur

Esther, 21 tahun, penyanyi, Kota Kinabalu

Han, 22 tahun, penyanyi sambilan, Labuan

Nine, 27 tahun, pemuzik, Alor Setar, Kedah

Simon, 25 tahun, penyanyi, Alor Setar, Kedah

Sebagai tirai pembukaan yang telah disiarkan sejak 23 Januari 2009, OIAM telah membawa anda menyaksikan sesi ujibakat yang telah diadakan di lima buah lokasi terpilih sekitar Malaysia. Ramai bakat-bakat baru berjaya dicungkil sewaktu sesi ujibakat di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang, Kuching dan Kota Kinabalu.

Episod kedua pula membawa anda ke beberapa proses penyingkiran dari 80 orang peserta sehingga ke pemilihan 12 orang finalis. Kesemua finalis yang dipilih ini akan beraksi membuat persembahan secara LIVE di hadapan penonton-penonton di studio.  

Sebanyak 15 episod akan ke udara secara langsung dan proses penyingkiran akan berlaku pada setiap minggu. Malam final yang akan disiarkan pada 1 Mei 2009 akan menyaksikan 3 orang finalis berentap bagi merebut hadiah bernilai RM1, 000 000!

Untuk pertama kalinya di dalam One In A Million  kita dapat menyaksikan persaingan sengit di antara artis dan bukan artis berentap sesama sendiri bagi merebut gelaran juara One In A Million. Tahun ini menyaksikan enam orang artis telah terpilih ke peringkat Top 12 iaitu Amylea, Tomok, Pija, Nine, Han dan Rizu. Enam orang selebihnya adalah muka baru iaitu Simon, Esther, Aweera, Anith, Ayu dan Fify.

Bagi musim-musim yang sebelumnya kita telah menyaksikan juara One In A Million milik peserta bukan artis. Adakah tahun ini gelaran  One In A Million bakal menjadi milik artis?

“Kami telah memasuki peringkat yang lebih mendebarkan. Kita dapat melihat juri kali ini telah menetapkan menetapkan satu tahap yang lebih tinggi bagi peserta-peserta OIAM musim ke-3 ini,” ujar Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV.

Izham menambah “Para juri menghadapi kesukaran untuk memilih siapakah yang layak menjadi 12 orang finalis. Proses penyingkiran yang berlaku bukanlah sesuatu benda yang mudah kerana kita mahu melahirkan artis-artis yang berkualiti dari pelbagai aspek. Selain itu kami di 8TV juga mahu menyiarkan hanya yang terbaik dari produksi kami supaya menepati citarasa penonton secara keseluruhan,”

“Saya percaya kesemua 12 orang finalis yang terpilih layak untuk berada di sini dan mempunyai ciri-ciri sebagai seorang penghibur. Saya ucapkan semoga berjaya untuk kesemua peserta!” tambah Izham lagi.

Setelah menempa kejayaan dengan musim-musim yang sebelumnya, One In A Million kini kembali dengan musim terbaru yang pastinya lebih hebat dan menghiburkan. Hadir dengan konsep tersendiri dan berbeza dari program realiti yang lain,

Selain menawarkan hadiah bernilai RM 1, 000, 000, One In A Million merupakan satu-satunya program realiti yang bukan sahaja membenarkan penonton-penonton mengundi masuk peserta-peserta yang digemari mereka malah mereka turut dibenarkan untuk mengundi keluar mana-mana peserta yang kurang digemari mereka.

One In A Million  juga bakal mengadakan siri jelajah di beberapa buah lokasi. Anda dapat menyaksikan peserta-peserta kegemaran anda membuat persembahan secara langsung untuk memeriahkan lagi musim terbaru One In A Million  ini. 

Jadual Siri ONE IN A MILLION – MUSIM KE-3

21 Februari 2009

2pm – 4pm
Plaza Alam Sentral, Shah Alam
(main concourse)
Top 12

7 Mac 2009

3pm – 5pm
Batu Pahat Mall, Johor
(main concourse)
Top 10

21 Mac 2009

2pm – 4pm
Mahkota Parade, Melaka
(main concourse)
Top 8

4 April 2009
2pm – 4pm
Alor Setar Mall, Kedah
(main concourse)
Top 6

18 April 2009
2pm – 4pm
Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Top 4

25 April 2009

1pm – 2pm
Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur
(main concourse)
Top3
One In A Million  mengalu-alukan kehadiran rakan penaja yang akan bersama-sama  memeriahkan lagi musim ketiga ini iaitu Strepsils dan Oxy di samping stesen radio rasmi, Flyfm

Seperti musim-musim terdahulu, penyanyi klasikal terkenal Syafinaz Selamat dan penerbit/komposer Paul Moss diberi tanggujawab sebagai juri tetap bagi musim ke-3 One In A Million ini. Personaliti TV popular Awal Ashaari dan si cantik Marion Caunter turut bersama-sama kita untuk tahun yang ke-3 sebagai pengacara.

Musim ke-3 kali ini juga berbesar hati dengan kesanggupan nama-nama besar dalam industri di tanah air untuk sama-sama turun padang dan berkongsi kepakaran dengan 12 finalis ini.  Ning Baizura  bertindak sebagai Mentor Vokal, Pat Ibrahim sebagi Mentor Persembahan Pentas, Juita Abdul Jalil dilantik sebagai Mentor Keseluruhan Persembahan dan Yuaz pula adalah Pelatih Vokal.

Jika anda masih tidak puas menonton para peserta dalam persembahan mingguan, 8TV turut menyediakan segmen istimewa iaitu ‘Diari OIAM’ yang terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama “Teaser” selama 3 minit akan menyelitkan sedutan-sedutan menarik diikuti dengan OIAM Diaries yang akan berlangsung selama 15 minit. Diari ini akan memuatkan aksi-aksi para peserta membuat persediaan dan aktiviti-aktiviti harian yang mereka lalui sebelum mengadakan persembahan pada setiap minggu.

Untuk mengetahui berita-berita terkini, gossip dan drama, jangan lupa menonton OIAM Diaries “Teaser” dan OIAM Diaries setiap Isnin, Selasa dan Jumaat bermula 23 Februari 2009 jam 9.30 malam dan 11.30 malam hanya di 8TV! (jadual siaran dilampirkan)

Bermula 2hb. Mac 2009, iaitu setelah berlakunya proses penyingkiran, penonton akan berpeluang untuk berbual secara langsung bersama finalis yang tersingkir setiap minggu menerusi One In A Million Star Chat di www.guamuzik.com.my  pada jam 2.00pm hingga 3.00pm dan juga di stesen Flyfm (pada waktu puncak disebelah petang).

Untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut, layari www.8tv.com.my atau www.facebook.com/group. Dapatkan berita-berita terkini di telefon bimbit anda dengan menaip ON 8TV hantar ke 22700 (Maxis) atau 36400 (Digi). Selain itu anda juga boleh melayari www.mobile.8tv.com.my  melalui telefon selular anda.

8TV juga boleh diikuti menerusi saluran 708 di  Astro !

Partner Sponsor: Strepsils 
Strepsils, a leading brand of medicated throat lozenges trusted by millions of people around the world and in Malaysia, has joined 8TV’s reality programme One In A Million as a sponsor for its 2009 season.  Specially formulated to protect and sooth the throat, Strepsils is an ideal partner for a programme  in which Malaysians between 16 and 32 will take their singing prowess out of the shower and on to the big stage.  In anticipation of a high degree of stressed and sore throats from daily voice practice, public appearances and performances, contestants will benefit from the unique properties of Strepsils as first aid for sore throats.

Partner Sponsor : Oxy 
OXY, the trusted brand name renowned for pimple treatment is a total anti-blemish skincare line specially formulated for acne prone skin that will help to fight imperfections, giving you healthy, clear & beautiful skin. They include OXY Deep Cleansing Wash, OXY Powder Lotion, OXY Oil Control Moisturizer, Oxy Whitening Face Wash, OXY Oil Control Mask, OXY UV Tinted Protector SPF50 and the treatment range, OXY 5,10 and Cover. The brand brought to you by The Mentholatum Company, has grown and prospered from a small purveyor of soaps and toiletries into an international company, marketing quality personal and healthcare products around the world. Most of the brands in Mentholatum like Lipice, Selsun, Sunplay have achieved market leadership position after years of continuous product innovation and market. The company believes in satisfying consumer needs by exceeding consumer and customer expectation by providing excellence in products and services.

Official Radio Station
Media Prima Bhd, being a major key player in the media industry in Malaysia wholely owns three radio stations under its organization. FLY FM, the first radio station was launched in October 2005. The CHR format radio station drives on its theme “Malaysia’s Hottest Music”. It is also the # 2 English radio station in Malaysia under 34 demographic and the most favorite radio station among the students. Fly FM is known aggressive on ground especially championing the local music – Campur Chart Goes Live.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Rasukan Ablasa Merasuk Di Pawagam 26 Februari Ini

Gambar Sari Yanti Top 5 Artis Baru Wanita Popular