in ,

11 Juta Tonton Drama NUR

Drama yang sering meniti di bibir para penonton drama tempatan telah melabuhkan tirainya malam semalam dengan jumlah tontonan 11 Juta keseluruhannya selama 19 episod.

Antara ratings puncak yang turut menyumbangkan kepada penularan drama ini adalah episod 16, di mana babak lucu Aisyah (Noorkhiriah) menyangkakan sup bunjut itu sebuah tangkal ilmu hitam.

Babak itu turut mendapat perhatian sebuah syarikat pengeluar sup bunjut untuk menjadikan Noorkhiriah sebagai duta mereka. Di platform digital pula, drama ini telah mencatat lebih daripada 500,000 tontonan di video portal tonton dalam masa kurang dari sebulan.

Nur Poster

AKHIRNYA 11 JUTA RAKYAT MALAYSIA BOLEH BERAYA DENGAN TENANG

“Secara jujurnya saya masih tidak percaya akan kejayaan drama ini kerana kami (kru produksi dan pelakon) cuma berseronok ketika menjalankan penggambaran drama ini. Kami menganggap kejayaan ini satu rezeki dalam menyampaikan keindahan-keindahan zat-Nya. Walau bagaimanapun, saya sendiri sedar akan beberapa kecaman awal daripada netizen. Saya terima semua kritikan itu dengan positif kerana drama ini sebenarnya lebih kurang dengan drama-drama lain iaitu sebuah drama cinta antara dua darjat. Cuma bezanya, darjat yang dipilih dalam drama ini bukanlah antara yang kaya dan miskin, tetapi golongan warak dan jahil.”


“Walau bagaimanapun, disebalik kejayaan drama ini yang ramai tidak ketahui adalah cabaran yang kami hadapi. Skrip drama ini sebenarnya dibuat di set penggambaran dan ianya secara spontan dengan bantuan hasil kaji selidik sebelum memulakan penggambaran. Namun, Allah telah memudahkan perjalanan kami dengan memberikan barisan pelakon yang hebat dan berkerjasama serta kru produksi yang rajin, Allah juga telah mengurniakan kejayaan ini. Oleh itu, saya berterima kasih dengan pihak TV3 kerana memberikan kepercayaan kepada Radius One untuk menerbitkan drama Nur ini, terima kasih juga kepada para penonton yang sentiasa setia bersama kami semenjak episod pertama, dan terima kasih kepada Allah kerana telah memberikan rezeki ini.”

– Pengarah drama Samarinda: Nur, Shahrulezad Mohameddin

Drama Nur ini diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Selain daripada Amyra Roslidan Syafiq Kyle, drama Samarinda: Nurini turut dibintangi Riena Diana DFKL, Datuk Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Laila Nasir danRaja Atiq.

Bermula dengan kisah Adam, seorang anak kepada penceramah terkenal, Datuk Ayah Haji Mukhsin. Setelah Adam menamatkan pelajarannya dari Timur Tengah, Adam kembali ke Malaysia untuk menyambung legasi ayahnya. Ketika itu, Adam berkenalan dengan seorang wanita misteri yang juga merupakan seorang pelacur, Nur.

Apabila Adam mula jatuh hati kepada Nur, keluarga Adam pula membantah hubungan mereka kerana menganggap Nur itu seorang perempuan jijik dan tidak setaraf dengan mereka. Hubungan mereka ditentang hebat sehingga mereka bercerai.

Namun, seperti yang telah disaksikan 3.5 Juta penonton malam semalam, Ustaz Adam dan Nur akhirnya rujuk semula dan memulakan kehidupan yang baharu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bahana Drama Nur, Sup Bunjut Jadi Trending

THE MUSKETEERS