in ,

100 Selebriti Popular Hadir Ke Konti SURIA FM Ogos Ini

Seramai 100 selebriti akan mengunjungi konti Suria FM sempena kempen 100 Selebriti Suria yang bermula pada 5 Ogos yang lalu.

Antara selebriti yang mengunjungi Suria pada minggu pertama bulan Ogos adalah Dayang Nurfaizah, Amir Masdi, Rashidi Ishak, Black Hanifah, Ismail Izzani, Shila Amzah, Sharifah Zarina, Yazid Sejati, Man Bai dan Shafie Rio. 

logo 100 slebriti

Kempen 100 Selebriti Suria ini akan menampilkan kombinasi  barisan selebriti seperti penyanyi lama, penyanyi baru, pelakon, pelawak dan juga pengarah. Antara undangan selebriti yang popular adalah seperti penyanyi Aiman Tino, Marsha, pelakon Syafiq Kyle, Adam Lee, Fatin Afeefa dan pengarah drama, Michael Ang.  

100 orang selebriti ini akan ke udara di dalam slot utama Suria seperti Team Pagi Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta.

Pendengar bukan sahaja disajikan dengan perkembangan selebriti tersebut, malah pendengar juga boleh menghubungi konti Suria untuk bertanya apa sahaja kepada selebriti kesayangan mereka. 

100-SELEBRITI_9-OGOS_ig-post-NAJWA-LATIF

“Kempen 100 Selebriti Suria ini adalah kesinambungan daripada kempen 100 Selebriti Suria yang diadakan pada tahun lepas.

Suria mendapat banyak respon positif daripada pendengar terhadap kemeriahan artis-artis ke udara menerusi Suria dan mereka mencadangkan agar kempen ini diteruskan.

Kami tidak menyangka bahawa kempen ini meninggalkan kesan kepada pendengar dan peminat Suria, dan tentunya kempen kali ini akan menampilkan variasi selebriti yang akan menarik ramai peminat mendengarkan Suria,”

“Bukan itu sahaja, kempen ini turut mendapat reaksi positif daripada rakan-rakan artis yang teruja untuk menjadi sebahagian daripada 100 Selebriti Suria dan berkongsi promosi di media sosial masing-masing bagi menarik peminat mendengarkan temubual mereka di Suria.

Ini juga merupakan platform terbaik bagi peminat-peminat untuk berinteraksi secara langsung bersama selebriti kegemaran mereka,”

– DJ Lin
100-SELEBRITI_9-OGOS_ig-post-MAN-BAI

100 orang selebriti ini akan turut tampil dalam variasi video seperti Akustika Suria, Sensasi Suria, Team Pagi Suria dan Gebang Petang yang boleh ditonton di Youtube Suria TV atau laman web www.suria.my

Berikut adalah senarai barisan artis yang akan menjayakan kempen 100 Selebriti Suria 

Minggu Ke-2 Team Pagi Suria (8 pagi)Gaya Suria (11 pagi)Gaya Suria          (2 petang)Suria Petang     (4 petang)Suria Cinta    (9 malam)
Isnin – 12/8AjakFara Hazel Andy Flop PoppyZul Handy Black Ust. Akhil Hayy
Selasa – 13/8Ismail IzzaniDadilia BandAzzam ShamXpose BandWom UG14
Rabu – 14/8Jaa SuzuranLuqman FaizFatin HusnaNabila RazaliRahmad Mega
Khamis – 15/8Alif SatarThe Lit BandPriscilla AbbyAzeera AziziWan Scoin 
Jumaat  – 16/8Projector BandTuah Adzmi Bil MusaFloor88Yantzen
100-SELEBRITI_9-OGOS_ig-post-WARRIS

Jelajah Suria 2019 

Jelajah Suria untuk siri kedua tahun 2019 kembali lagi! Beramah mesra bersama penyampai Suria iaitu Fizi Ali, Issey, Feeya Iskandar, Sharifah Shahira, Suraya, Tyzo dan DJ Lin dan berhibur dengan persembahan artis-artis popular seperti Siti Nordiana, Syafiq Farhain, Amir Masdi, Wany Hasrita, Ara Johari, Floor 88, Ernie Zakrie dan ramai lagi. 

Tarikh dan lokasi Jelajah Suria 2019 adalah seperti berikut. 

TarikhLokasi
7 September 2019 Central i-City Mall, Shah Alam 
14 September 2019 Kuantan City Mall, Pahang
21 September 2019Angsana Mall, Johor Bahru
28 September 2019 Aman Sentral, Alor Setar

Dapatkan juga maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria www.suria.my dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Single KACA Lonjakkan Populariti NEON

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem MY STUPID BOSS 2