in , ,

Zulin Aziz Sekali Lagi Dikaitkan dengan Macau Scam, Mahu Saman Tukang Fitnah

Kesiannya! Bertalu-talu, nama Zulin Aziz sekali lagi terpalit dengan isu Macau Scam selepas sebuah artikel melaporkan dua selebriti bakal dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat. Selagi SPRM tak umumkan siapa artis tersebut, selagi itu netizen akan meneka.

Hari ini, menerusi hantaran di laman Instagram meluahkan rasa kecewa setelah dia dituduh sebagai selebriti yang telah dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu sebuah siasatan.

zulin aziz

‘Korang Fitnah Aku’- Zulin Aziz Nafi Dipanggil SPRM

Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut, menurut Zulin dia telah difitnah oleh pihak tertentu dan berasa kesal apabila namanya sering dikaitkan dengan isu Macau Scam dan aktiviti penggubahan wang haram.

“Apalah salah dosa aku? Korang fitnah aku bertubi-tubi, cakap memalukanlah apalah…Selagi tak disebut nama, selagi tu netizen buat andaian dan fitnah aku.

“Di sini saya jelaskan, saya tidak pernah dipanggil untuk bantu siasatan oleh @sprm.community. Saya tidak ada kena mengena dengan sindiket itu malah tidak pernah menjalankan perniagaan dengan mereka,”

– Zulin Aziz
zulin aziz

Menerusi laporan media pada Selasa, seorang artis lelaki dan wanita bakal dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian.

Pada 16 Oktober lalu, Zulin meluahkan rasa kecewa apabila namanya turut dikaitkan mempunyai kaitan dengan beberapa individu termasuk berstatus ‘Datuk Seri’ yang sedang disiasat SPRM.

Tidak Teragak Untuk Ambil Tindakan Undang-Undang

Dalam pada itu, Zulin turut menegaskan dia tidak lagi akan memberi muka kepada mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah kepadanya dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Saya tak dapat nak tutup mulut anda,tapi sekiranya anda mengeluarkan statement berbaur fitnah keatas saya dan memberi andaian kepada orang lain untuk turut sama menfitnah,saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan”

“Tapi sekiranya anda mengeluarkan kenyatan berbaur fitnah ke atas saya dan memberi andaian kepada orang lain untuk turut sama menfitnah, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan,”

“Pada makcik dan pakcik bawang,masa sekarang ni adalah masa yang paling tepat simpan duit, bukan bayar duit saman. Jaga tutur kata, jaga adab, jaga penulisan kita”

– Zulin Aziz

Dalam pada itu, Zulin memberitahu dia sudah menerima permohonan maaf daripada beberapa pihak yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya.

“Saya tegaskan sekali lagi, saya tidak akan beri muka kali ini. Kepada yang dah mintak maaf… dengan hati terbuka, saya memaafkan anda. Semoga dengan memberi kemaafan ini dan Allah beri saya ketenangan.

“Saya perlu fokus dalam kerja. Mereka menuntut 100 peratus komitmen dan fokus daripada saya. Semestinya saya nak melakukan yang terbaik dalam kerjaya saya.

“Oleh itu… maaf para pembenci, saya tidak ada masa melayan anda.”

– Zulin Aziz

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan melaporkan dua selebriti terkenal masing-masing popular dalam bidang lakonan dan pengacaraan, antara mereka yang dijangka akan dipanggil ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Bella Dally Nafi Ingkar PKPB, Beri Keterangan di IPD Gombak, Mohon Maaf Cetus Kekeliruan

Kontroversi! Video Panas Mirip Jekfer Tersebar di Twitter, Hun Haqeem Masih Kunci Mulut