in ,

Zul Yahya Mahu Kembali Rasa Nikmat Rapatkan Saf, Tapi Netizen Tak Senang Hati

Tindakan pelakon, Zul Yahya memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya yang memaparkan beberapa jemaah sedang menunaikan solat mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.

Menurut pelakon berusia 47 tahun itu, dia meluahkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk merapatkan saf antara jemaah ketika mengerjakan Rukun Islam yang kedua itu.

Alhamdulillah kami masih rapatkan saf, masih lagi terasa nikmat… MasyaAllah banyaknya komen, yang komen negatif tu baca apa yang ditulis pada belakang baju tu,” tulisnya.

Zul Yahya

Rakaman video berdurasi tujuh saat itu dihujani hampir 500 komen warganet dimana segelintir individu mengkritik tindakan Zul selain menegur supaya tidak perlu berkongsi perkara tersebut di media sosial.

Bagaimanapun, rata-rata mengambil dari sudut positif yang mengakui rindu melihat suasana solat jemaah yang merapatkan saf sebelum berlaku wabak Covid-19.

Zul Yahya
Zul Yahya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Buat Netizen Yang Tabur Fitnah Tentang Isu Rumahtangga, Ini Amaran dari Nadia Brian

tony fernandes airasia-2020

airasia.com Super Sale Kembali Dengan Tawaran Lebih Hebat