in , , ,

Zul Ariffin Dedah Kisah Bromance dengan Remy Ishak dalam SANGKAR

Pelakon popular tempatan Zul Ariffin menyifatkan filem ‘Sangkar’ sebagai satu penghargaan kepada atlet-atlet seni bela diri campuran (MMA) di negara ini.

Membintangi sebuah filem yang menampilkan empat penerbit gergasi iaitu Primeworks Studios dan Astro Shaw bersama syarikat produksi Infinitus Gold dan mm2 Entertainment bermula 29 Ogos ini, Zul mengakui berdebar menanti maklum balas peminat terhadap filem kisah sukan lasak Mixed Martial Arts (MMA) itu.

Filem Sangkar

Beliau yang memegang watak utama dalam filem itu berkata, atlet-atlet berkenaan juga telah banyak membantu dalam menjayakan aksi yang membabitkan sukan tersebut agar ia nampak meyakinkan.

Kata Zul, idea untuk menghasilkan filem itu adalah daripadanya dan dia berterima kasih kepada Infinitus Gold kerana memberi ruang untuknya berkongsi idea filem itu.

Filem Sangkar arahan Kabir Bhatia itu bakal menemui penonton di 143 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei pada 29 Ogos ini.

“Saya memang meminati sukan lasak ini. Tak sangka filem ini menerima respons yang baik daripada penerbit Infinitus Gold iaitu, Gayatri Su-Lin Pillai.

Melihat hasilnya, saya begitu berpuas hati apabila ia diterjemahkan dengan begitu kemas dan membawa mesej positif serta semangat kekeluargaan.

“Walaupun berdepan kecederaan kecil ketika penggambaran kerana kebanyakan aksi filem ini saya mahu lakukan sendiri, ia tidak sedikit pun mematahkan semangat untuk membawakan watak ini sebaik mungkin bersama rakan gandingan Remy Ishak,”

– Zul Ariffin

Dalam pada itu, Zul berharap filem ini dapat memberi impak dalam industri filem tempatan selain industri sukan MMA.

Filem ‘Sangkar’ mengisahkan tentang dua petarung MMA, Adam (Zul) dan Johan (Remy) serta liku-liku kehidupan yang terpaksa diharungan mereka.

Selain pelakon yang disebutkan, filem arahan Kabir Bhatia ini turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Adam Mika, Ray, Fadlan Hazim, Aman Graseka, Carliff Carleel dan Rashid Salleh yang juga merupakan Presiden Persatuan MMA Malaysia (MASMMAA).

Filem Sangkar

Filem ini juga menyaksikan kemunculan beberapa atlet profesional MMA sebenar seperti Andy Teh dan bekas petarung UFC James ‘Sledgehammer’ Mcsweeney, serta atlet tempatan dari ONE Championship iaitu Saiful Merican, Peter Davis dan Jihin Radzuan.

“Harapan saya untuk filem ni, kita nak ada impak dalam industri. Ini filem MMA pertama (di Malaysia), dan ia gabungkan saya dengan ramai artis seperti Remy Ishak, Mira Filzah, Ray, dan ramai lagi untuk kali pertama.

“(Penggambaran) pada bulan puasa, kami kerja dalam keadaan seronok, seperti keluarga kerana kita tahu hendak hasilkan sesuatu yang bagus,”

“Cerita sebenarnya, secara tak langsung kita nak berterima kasih kepada semua atlet MMA, termasuk yang amatur, separa-profesional, dan profesional. Terima kasih banyak.

“Sebenarnya kami nak kelihatan meyakinkan, kami nak nampak seperti kamu (atlet MMA), jadi secara tak langsung filem ini memberi penghormatan kepada bidang (MMA) ini. Sebenarnya ada ramai atlet MMA di tanah air, ramai yang mewakili negara ini. Jadi, saya harap mereka dapat pengiktirafan.

“Latihan kami mereka yang tolong. Kalau tak, kami pun tak tahu apa nak buat… mungkin bersalam-salaman sajalah kot?”

– Zul Ariffin
Filem Sangkar

Menurut Zul, digandingkan bersama Remy buat pertama kali, dia nyata gembira dengan kerjasama yang diberikan pelakon itu selain mudah mewujudkan keserasian.

“Filem ini adalah yang pertama saya digandingkan dengan Remy. Jujur kami tidak perlu mempunyai momen untuk suai kenal, sebaliknya sebaik kamera sudah dirakam, masing-masing sudah tahu dialog yang ingin dilontarkan dan ada yang dibuat secara spontan.

“Menerusi filem ini kami cuba memberikan sepenuh komitmen dan mewujudkan keserasian.

– Zul Ariffin

Tambahan pula, filem ini menonjolkan kelainan yang mengetengahkan unsur persahabatan antara dua lelaki (bromance).

“Sejujurnya, kalau tiada Remy, tak tahu siapa yang boleh bawa watak yang digandingkan bersama saya itu,”

– Zul Ariffin

Runut bunyi rasmi lagu tema yang mengiringi filem ini berjudul ‘Fighter’ dan dinyanyikan oleh rapper popular, Aman RA.

Nantikan filem Sangkar yang akan menemui para penonton melalui pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei mulai 29 Ogos 2019.

Pengguna laman sosial juga boleh menggunakan tanda pagar #SangkarMovie bagi berkongsi ulasan tentang filem ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Rizman Ruzaini x HP di KLFW 2019

Sheryl Shazwanie Tersingkir di Minggu Kedua BIG STAGE 2019