in

Zizan Nin Pelakon Puaka Kain Kapan Drama Keliwon TV3

Pelakon berbakat Zizan Nin turut hadir di Astro Kirana Short Film Awards 2008 / 2009 yang lalu. Sebelum anugerah berlangsung, Zizan Nin lepak-lepak dulu dengan kawan-kawan pelakon yang lain.

Zizan bersama Dynaz yang kini hamil 5 bulan, Rusdi Ramli dan Jehan Miskin.

Zizan Nin sekarang khabarnya baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri “Puaka Kain Kapan” arahan Rashid Sibir untuk slot “KELIWON” TV3 dan telefilem “Genggam Tak Tiris” untuk RTM arahan Jamal Khan.

Kini Zizan Nin kata, dia sedang menjalani penggambaran drama bersiri 40 episod “Sanggar Cinta Raudah” untuk RTM arahan Zul R Shad, terbitan Suhan Movies. Alhamdulilah, memang rezeki Zizan murah. Bila nak berlakon filem pulak?

Sibuk sakan nampak.

Sedang bercakap melalui telefon. Siapa di sana?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 7

Poster Filem Syurga Cinta Lakonan Awal Ashaari & Heliza