in

Ziana Zain Mas Idayu Rakaman Raya Mentor 4

Setiap tahun, macam biasalah sebelum menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan dan bersiap untuk beraya, pihak stesen TV akan melunaskan tugas untuk selesaikan semua rakaman program raya. Setelah selesai rakaman raya untuk Anuar Zain, TV3 akan buat rakaman Mentor Raya pula.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri akan diserikan lagi dengan pelbagai program-program menarik TV3 untuk tontonan seisi keluarga. Program realiti yang popular, Mentor 4 juga tidak ketinggalan untuk menjalani rakaman khas episod Syawal yang membariskan gandingan sifu dan protege musim ke-4 seperti Mas Idayu & Shaq, Mus May & Ayim, Joe Flizzow & Ila, Azmeer & Nani, Dayang Nurfaizah & Adi serta juaranya Ziana Zain bersama Mohd.

Majlis ini turut meraikan kejayaan ketiga-tiga finalis iaitu Mohd (Juara), Adi (Naib Juara) dan Nani (Tempat Ketiga) dalam program Mentor musim ke-4 dengan sesi penyerahan cek dan diteruskan dengan sesi tandatangan kontrak rakaman bersama Monkey Bone Records.

Kepada pembaca dan peminat mentor dan protege yang terlibat, bolehlah hadir dengan berpakaian lengkap dengan tema raya.

Tarikh / Hari : 4 Ogos 2010 (Rabu)
Masa : rakaman bermula jam 9.00 malam)
Tempat : Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam

4278052904 1Fbeff36Eb O | 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sesi Rakaman Semua Untukmu Anuar Zain Syawal TV3

Gossip Artis Buaya Darat Tinggal Isteri