in ,

Zarul Umbrella Nyaris-Nyaris Bertugas di Pesawat MH370

Salah seorang selebriti yang kini masih menyarung uniform sebagai pramugara MAS, ialah vokalis kumpulan Umbrella, Zairulkefli Husin atau lebih dikenali sebagai Zarul Umbrella mengatakan beliau bernasib baik kerana sedang bercuti pada tanggap kejadian iaitu 8 Mac 2014. Jika tidak ambil cuti, berkemungkinan besar beliau akan bertugas menjadi anak kapal di pesawat penerbangan MH370 ke Beijing. Begitulah yang dilaporkan dalam Harian Metro pada hari ini.

Syukurlah, Tuhan masih panjangkan hidup Zarul Umbrella. Menurut penyanyi era 1990-an itu, beliau sengaja memohon cuti untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.

“Semua anak kapal berkenaan adalah rakan saya. Dua minggu lalu, saya ditugaskan dengan seorang daripada mereka ke London. Kami sempat ke gimnasium dan bersarapan. Saya terkejut dan sedih mendengar berita itu.  Kerap juga saya ditugaskan ke Beijing menggunakan laluan itu, tapi tak pernah berdepan situasi cemas. Sepanjang 14 tahun sebagai pramugara, hanya sekali sahaja saya mengalami keadaan menakutkan apabila enjin kapal terbang tiba-tiba tidak berfungsi.”

Zarul juga tidak dapat menggambarkan bagaimana keadaan rakan-rakannya semasa bertugas dan mengharungi detik-detik cemas di atas pesawat itu.

Pada ketika ini, misteri kehilangan pesawat penerbangan MAS – MH370 masih lagi menjadi tanda tanya. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan sebarang spekulasi dan tidak perlu nak jadi Raja Penyalur Maklumat. Selagi laporan rasmi belum dikeluarkan, selagi itulah kita semua masih berharap dan berdoa agar tidak apa yang buruk menimpa penumpang dan krew pesawat. Sebarang bukti perlu dikemukakan dan ditunjukkan untuk mengistiharkan pesawat itu terhempas. Berikan masa dan hormatilah pasukan penyelamat yang kini masih lagi dalam misi mencari pesawat yang hilang. Ini sesuatu kerja yang sangat mencabar kerana bukan senang nak cari pesawat di kawasan laut yang sangat luas.

Selain itu, Zarul juga turut rasa kecewa dengan Zed Zaidi yang mengemaskini status laman sosial Twitter seolah-olah menganggap kejadian itu perkara yang kelakar.

Terkini dari sidang media ‪#‎MH370‬

1. Fokus utama adalah untuk mencari pesawat dan itu adalah tumpuan kita
2. Lokasi pencarian diperluaskan
3. Terharu dengan sokongan dan pertolongan negara-negara luar
4. Singapura memberikan bantuan mencari dan menyelamat dengan kapal selam mereka
5. Semua tumpuan kita khusus untuk mencari dan menyelamatkan sesiapa yang masih terselamat
6. Akan mengenal pasti minyak yang dijumpai di laut tersebut adalah dari pesawat MH370
7. Agensi risikan antarabangsa bersetuju untuk melibatkan diri dalam misi risikan anti-pengganas
8. Tragedi ini tidak boleh diambil mudah
9. Kemungkinan pesawat itu melakukan “air turn back” ke lokasi yg tidak diketahui
10. Lebih maklumat akan diberitahu pada sidang media pada jam 1 petang ini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Herman Tino Dituduh Tidak Waras?

Kempen Take Charge Jana Sikap Positif