in , , ,

Zarina Anjoulie Tuntut Amyza Aznan & Emelda Rosemila Bayar Ganti Rugi RM4 Juta

Nampaknya kontroversi antara Zarina Anjoulie bersama Amyza Aznan dan Emelda Rosmila makin panas apabila Anju menuntut pampasan sebanyak RM4 juta.

Baru-baru ini, Zarina Anjoulie Lavocah atau lebih mesra dengan panggilan Anju ini telah membuat tuntutan pampasan sebanyak RM4juta ke atas pelakon Amyza dan Emelda kerana telah membuat kenyataan dengan niat untuk menjatuhkan reputasi di aplikasi Instagram dan Telegram.

Anju turut melantik peguam, Nurul Hafidzah Hassan yang mengatakan pihaknya telah pun menghantar surat tuntutan ini kepada dua selebriti tersebut pada Rabu lalu.

Zarina menuntut permintaan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta kerana menjatuhkan reputasinya melalui posting dan komen berbaur fitnah di Telegram dan Instagram.

Zarina Anjoulie Tuntut Amyza Aznan & Emelda Rosemila Bayar Ganti Rugi RM4 Juta
Zarina Anjoulie Lavocah

Menurut peguam ini lagi, Anju telah meminta pampasan sebanyak RM3 juta kepada Amyza Aznan dan RM1 juta dari Emelda Rosmila dan meminta agar dua selebriti ini berhenti menulis dan mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai dirinya.

“Zarina menuntut sebanyak RM3 juta daripada Amyza Aznan dan RM1 juta daripada Emelda Rosemila. Zarina juga memohon kedua-dua individu tersebut untuk berhenti menulis dan menerbitkan apa-apa bentuk tulisan mengenai dirinya.

“Selain itu, Zarina mahu Emelda Rose dan Amyza Aznan membuat permintaan maaf secara terbuka dan seterusnya membayar ganti rugi kerana merosakkan reputasinya, menyebabkan tekanan dan menghasut kebencian orang awam terhadapnya,”

– Zarina
Zarina Anjoulie Tuntut Amyza Aznan & Emelda Rosemila Bayar Ganti Rugi RM4 Juta
Amyza Aznan

Bukan itu je, Anju turut meminta dua wanita ini untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana telah menyebabkan tekanan dan menghasut orang ramai untuk membencinya.

“Zarina digambarkan sebagai individu yang jahat dan tak bermoral dan dia mengalami trauma disebabkan insiden ini.”

Banyak komen oleh mereka berdua yang memalukan Zarina melalui name calling dan body shaming.”

– Peguam

Peguam berkata Zarina digambarkan sebagai seorang yang jahat, tidak bermoral kepada orang ramai dan mengalami trauma disebabkan insiden tersebut.

Zarina Anjoulie Tuntut Amyza Aznan & Emelda Rosemila Bayar Ganti Rugi RM4 Juta
Emelda Rosmila

“Emelda dan Amyza melakukan melakukan penyiaran dan komen-komen yang salah, menyedari ianya palsu dengan sengaja membahayakan kedudukan imej, jenama peribadi dan reputasi anak guam kami.

Kedua-dua individu tersebut menerbitkan tuduhan palsu dan finah mengenai anak guam.

“Zarina digambarkan sebagai seorang individu yang jahat dan tidak bermoral kepada orang ramai dan mengalami trauma disebabkan insiden ini.

Mereka tidak mempunyai sokongan fakta ketika berulang kali menuduh dan menerbitkan hantaran dan komen yang merujuk kepadanya,”

– Peguam

Menurul Nurul Hafidzah lagi, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya surat tuntutan tersebut tak dijawab dalam masa tujuh hari.

Macam yang korang tahu, “peperangan” antara segelintir selebriti tanah air dan Zarina Anjoulie ini bermula bila Anju memberi komen mengenai permintaan penggiat seni yang meminta bantuan khusus dari kerajaan tak lama dahulu.

Harapnya dorang dapat selesaikan kes ini dengan baik. Sakit juga nak bayar berjuta-juta ni.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Nazim Othman Panik Jalani Ujian Saringan COVID-19

Wajib Dengar! 17 Penyanyi Bergabung dalam #JANGANKELUAR Bawa Mesej Penting!