in , ,

Isu Video Sindir Artis Mohon Bantuan, Zarina Anjoulie Tak Takut Disaman & Dikecam oleh Artis

Isu keluhan kerajaan membantu pekerja industri kreatif ketika wabak Covid-19 ketika memasuki episod baharu apabila berlaku perbalahan pendapat dalam kalangan selebriti.

Kontroversi bermula apabila Zarina Anjoulie menegur tentang gaya hidup mewah segelintir golongan artis selama ini sebelum dibalas oleh pelakon Fizo Omar. Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon Zarina Anjoulie, pasti korang kenal dengan kelantangannya dalam menyuarakan pendapat berkenaan dengan isu semasa yang berlaku.

Anju ni jenis akan berani tempelak mana-mana individu yang cuba ‘buat onar’ dengannya.

Sabtu lalu menerusi video Zarina yang tular, dia menegur sikap segelintir artis yang gemar menayang kemewahan namun hakikatnya tiada perancangan masa depan.

Jelas Zarina artis tidak seharusnya merayu bantuan khusus untuk mereka sebaliknya berkata inisiatif yang diperkenalkan kerajaan untuk rakyat secara keseluruhan untuk rakyat yang lebih susah hingga terpaksa membuat dua pekerjaan dalam satu masa.

Misalnya macam isu ini, konflik mula berlaku apabila Fizo Omar cuba kritik dirinya. Disebabkan itu Zarina Anjoulie tampil menempelak Fizo.

“Fizo Omar, tolong sedar diri. Sebelum kau ada apa-apa, muka buruk saja. Tanpa masyarakat, rakyat yang membantu dan beri kau sokongan, kau masih mamat kampung.

Ingat masa hari raya bini kau jual tudung sampai habis, masyarakat dan peminat juga yang beli.

“Apabila netizen dan peminat tengah susah, macam ini kau repay them back. Really?

Sama macam artis-artis lain yang kata ‘oh tak bersyukur ke tak kenang budi selama ini kita dah hiburkan kau’.

“Lagi satu aku nak cakap, kalau tanpa peminat semua ini, korang masih merempat dekat kampung bawa motor buruk. Sedar diri masing-masing.

“Ini maksud aku yang korang semua suka ambil kesempatan apabila waktu nak bisnes dan promosi barang pandai panggil peminat dan netizen suruh support,” 

– Zarina Anjoulie

Sementara itu, Zarina turut memuat naik video meminta Fizo untuk menghargai peminat dan netizen yang selama ini menyokongnya sehingga menjadi seorang pelakon terkenal.

Isu dah jadi semakin meleret apabila ada golongan artis yang berkomplot untuk ‘membanteras’ dirinya, ada yang cuba nak report akaun Instagram Anjoulie bahkan ada juga artis yang mencaci dirinya.

Mereka semua dikatakan ada buat satu group Whatsapp dan berita itu sampai ke tangan Anjoulie, ia didedahkan oleh Zarina Anjoulie lagi menerusi IGTV miliknya.

Bagi Anjoulie, dia langsung tak takut dengan apa tindakan yang mereka lakukan, malah dia menyuarakan pendapat itu berdasarkan perspektif netizen dan sebagai wakil netizen yang jauh lebih layak.

Anjoulis juga langsung tak takut dengan tindakan golongan artis tersebut yang nak saman dirinya kerana dianggap menghasut orang.

Katanya dia ada segala screen shoot mesej itu dan dia lebih berani untuk saman mereka.  Perbualan mereka semua didedahkan di posting Instagram miliknya.

Sementara itu, Fizo Omar telah memuat naik video yang menegaskan beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang cuba melontarkan komen berunsur fitnah ke atas dirinya.

Apa yang kita harapkan isu ini tidak boleh dibiarkan berlarutan dan semoga segala krisis ini dapat diselesaikan dengan lebih baik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Video Viral, SENIMAN Buat Laporan Polis, Zed Zaidi Dedah Ada Artis Tertekan

Win OPPO Reno2 & Enco Free in OPPO Home CreativeXplorer Challenge