in , ,

Pelakon Kontroversi Zarina An-Julie Ditahan Sah Positif Dadah Jenis Ketamin

Pelakon Zarina An-Julie Mohd.Fahizul, 24, yang ditahan dalam satu sekatan jalan raya ‘Ops Perayaan Tahun Baru Cina’ berhampiran Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini malam semalam disahkan positif dadah selepas menjalani saringan ujian air kencing.

Ketua Pegawai AADK di sini, Syaiful Asfar A.Rahman turut mengesahkan rakan Zarina yang juga berusia 24 tahun turut disahkan positif selepas menjalani ujian saringan tersebut di pejabat AADK di sini. Pelakon yang pernah membintangi drama seram bertajuk ‘Anak Pontianak’ itu ditahan setelah mengaku mengambil dadah jenis ketamin ketika diarahkan menjalani ujian saringan air kencing.

Dia yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi berhubung gambar separuh bogelnya di Internet ditahan bersama rakannya yang turut mengaku mengambil dadah jenis syabu, dalam operasi yang disertai anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.

Operasi selama kira-kira tiga jam bermula pukul 8 malam itu melibatkan 27 kakitangan AADK dan 20 penguatkuasa JPJ. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Faizal Tahir di Konsert Satu Suara

Tak Sangka! Ini Yang Menarik Terjadi di Miss Tourism International 2009