in

Zain Saidin Tawar Percutian Bersama Peminat

Menampilkan kemunculan pelakon Zain Saidin sebagai pelakon utama dan plot kisah bagaimana terujanya peminat ingin mendampingi artis kesayangan mereka, usah ketinggalan menyaksikan telemovie menarik bertajuk “ Perrgghh” yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot popular Citra di TV2 pada 17 Disember; pukul 10.00 malam.

Zain Saidin menghidupkan watak dirinya yang sebenar sebagai artis popular, drama terbitan Pujangga Kreatif ini turut dibintangi oleh Nurseha (Natasha), Roy Azman (Zefri), Kenchana Dewi (Sharmila Dewi), Enot (Suzanne) dan Qhasreena.

Telekomedi ringan ini mengisahkan populariti Zain Saidin yang telah mencetuskan satu fenomena di kalangan peminat-peminatnya. Ramai peminatnya sanggup berbuat apa sahaja asalkan dapat berjumpa dan bersua dengannya.

[pullquote align=”right”]Zain Saidin Tawar Percutian Bersama Peminat Dalam Drama “Perrgghh” Di TV2[/pullquote]

Kesempatan ini telah diambil oleh bekas pengurusnya Suzzane untuk menganjurkan satu Program Percutian Zain Saidin Bersama Peminat Di Perth Australia tanpa pengetahuan Zain Saidin. Hakikatnya program percutian itu sebenarnya tidak wujud. Tindakannya berbuat begitu kerana rasa ingin membalas dendam terhadap Zain Saidin setelah dia meluahkan perasaan cintanya pada Zain Saidin tapi sebaliknya dia telah dimalukan.

Natasha dan Sharmila Dewi merupakan antara dua peminat fanatik Zain Saidin. Apabila mendapat tahu program percutian ini melalui laman sosial, mereka terus mendaftar untuk ikut bersama dalam program tersebut. Manakala Zefri jiran sebelah rumah Natasha juga turut ikut serta program itu, namun hakikatnya dia ikut serta kerana semata-mata untuk bersama Natasha yang digilainya tanpa pengetahuan Natasha awalnya.

Pada hari bertolak untuk ke Perth setelah mereka selesai membayar semua bayaran trip tersebut mereka telah diarahkan ke pejabat Travel Agent. Di situ barulah mereka sedar yang mereka telah ditipu, program itu tidak wujud sebenarnya. Zain Saidin telah datang ke pejabat Travel Agent itu untuk menjelaskan keadaan sebenar, sebagai menghormati ketaksuban peminat terhadapnya, Zain Saidin berjanji utk meneruskan program tersebut dengan separuh kos akan ditanggungnya. Natasha dan Sharmila Dewi kembali ceria kerana kini dia pasti dapat bersama idolanya itu nanti.

Natasha menghadapi masalah untuk menyediakan sebahagian lagi kos percutian tersebut kerana sebagai pekerja kilang gaji tidak seberapa dan semua wang simpanannya telah habis dibayar untuk program yang didakwa sebelum ini. Kakaknya yang sedari awal lagi tidak setuju dengan tindakan Natasha itu. Zefri cuba memujuk Natasha supaya membatalkan sahaja niat untuk ke Perth tetapi langsung tidak diendahkan.

Pada hari bertolak, Natasha turut ke tempat yang dijanjikan untuk berkumpul sebelum bertolak ke Perth walaupun dia tidak sempat menyediakan duit untuk kos program tersebut. Tiba di situ, Natasha terkejut kerana Zain Saidin memberitahu bayaran untuknya telah dibayar oleh seorang hamba Allah.

Di Perth, pelbagai program diatur namun pelbagai peristiwa yang tidak terduga berlaku di sana. Kejutan pertama bagi Natasha dia dapati Zefri turut ikut bersama ke Perth semata-mata kerana dia. Hal ini banyak mencetuskan rasa tidak puas hati Natasha apabila Zain Saidin tidak mahu rapat dengannya kerana bimbang Zefri akan cemburu walaupun sudah diberitahu dia tiada apa-apa hubungan dengan Zefri.

Kejutan bagi Zain Saidin pula apabila terjumpa Suzzane turut berada di Perth bersama teman lelaki mat salehnya. Selepas itu berlaku pelbagai insiden apabila semua peserta yang telah ditipu oleh Suzzane sebelum ini teruja untuk memerangkapnya bagi mendapatkan balik semua duit yang telah dikebas oleh Suzzane.

Zefri juga akhirnya berjaya mendapatkan cinta Natasha setelah berlaku satu peristiwa yang sememangnya telah dirancang oleh Zain Saidin untuk menyatukan mereka. Mereka pulang dengan gembira apabila satu kejutan lagi setibanya di Malaysia Suzzane sudah bersedia di airport menyambut mereka dan membayar semua duit yang telah diambilnya sebelum ini.

Zain Saidin

sisi jahat Enot sebagai penipu dalam drama ini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Emma Maembong Dituduh Cari Publisiti Murahan

Video & Gambar Majlis Berinai Rozita Che Wan & Zain Saidin