in , , , ,

Zahirah & Maya Karin Fighting dalam Filem BULAN & PRIA TERHEBAT

Trailer rasmi filem yang dinanti-nantikan iaitu Bulan & Pria Terhebat akhirnya telah dilancarkan pada 12 Februari 2020.

Filem yang dibintangi oleh Zahirah Macwilson, Zizan Razak, Khir Rahman, Maya Karin dan ramai lagi itu diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Ghaz Abu Bakar. Filem ini mengisahkan tentang Bulan, pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia yang menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati.

Melati adalah seorang gadis yang diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.

Bulan bertemu Haris, seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya daripada genggaman bapa ayam iaitu Agus dan ketuanya, Ricky. Ricky mengarahkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris.

Mampukah Bulan mempertahankan dirinya demi mendapatkan kembali adiknya Melati? Sama-sama kita tonton di pawagam 12 Mac ini.

Pengarah kreatif Ghaz Abu Bakar yang terkenal dengan filem “Polis EVO” kembali mengubah lanskap industri perfileman tempatan dengan filem aksi komedi terbaru arahannya berjudul “Bulan & Pria Terhebat”.

Sekian lama filem-filem aksi di Malaysia seringkali diterajui oleh pelakon lelaki, kali ini Ghaz berani mempertaruhkan pelakon wanita iaitu Zahirah Macwilson sebagai peneraju utama bagi filem ini menerusi watak Bulan. 

Buat pengetahuan lanjut, isu utama yang ingin diketengahkan dalam filem ini adalah sindiket pemerdagangan manusia yang dilihat semakin berleluasa, termasuk di Malaysia. 

“Biarpun ramai yang mengatakan watak Bulan ini seperti Lara Croft dalam filem “Tomb Raider”, namun bagi saya ia tidak sama. Orang ramai akan faham apabila mereka menonton filem ini dan saya yakin mereka akan suka watak Bulan. 

“Tambahan lagi, tiada isu yang kami ingin menaikkan imej Indonesia atau sebagainya kerana pada akhir filem ini, penonton akan faham mesej yang kami cuba untuk sampaikan,”

– Ghaz

Menurut Zahirah yang baru-baru ini membintangi drama “Curi-Curi Cinta”, dia berasa sangat bersyukur dan teruja menantikan tayangan filem ini memandangkan ia merupakan filem sulungnya setelah lima tahun menapak dalam industri. 

“Saya sangat terharu dan bersyukur kerana sebelum saya menceburi industri lakonan, saya mengimpikan untuk membintangi filem aksi dan Alhamdulillah, Ghaz menawarkan filem ini kepada saya. 

“Saya juga ingin membawa imej pelakon wanita aksi yang jarang ditampilkan dalam filem-filem di Malaysia. Jadi saya harap bukan hanya saya, tetapi ramai lagi pelakon wanita yang ditampilkan sebagai ‘hero’ bagi filem aksi,”

– Zahirah

Watak Bulan adalah seorang pelatih dalam pasukan tentera khas Indonesia yang menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya Melati yang telah diculik oleh Ricky dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.

Majlis yang dianjurkan oleh Astro Shaw itu turut dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada Akim & The Majistret yang menyampaikan runut bunyi filem ini berjudul “Roulette”.

Berbekalkan kos sebanyak RM3.6 juta, filem ini berjaya disiapkan dalam tempoh 45 hari di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Johor Bahru pada dua tahun lalu. 

Selain Zahirah, filem ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zizan Razak, Alif Hadi, Didie Alias, Aprena Manrose, Sein Qudsi, Khir Rahman, Rashidi Ishak, Mimi Ernida, Bell Ngasri, Sofia Dendroff, Yus Noor serta penampilan khas oleh Maya Karin. 

Diterbitkan oleh Nizra Production Sdn Bhd dengan kerjasama Astro Shaw dan Skop Productions Sdn Bhd, filem “Bulan & Pria Terhebat” bakal menggegarkan pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 12 Mac 2020.

KETIKA ini Zahirah MacWilson antara nama yang terus mendapat perhatian dalam bidang lakonan.

Kredibiliti dimiliki nyata cukup hebat walaupun baru membina nama dalam tempoh beberapa tahun.

Walaupun berusia berusia 23 tahun, pencapaian Zahirah sememangnya sudah cukup membanggakan. Meledak menerusi drama Mencintaimu tidak lama dulu, dia terus mengorak langkah dalam misi meletakkan namanya dalam kelompok pelakon hebat.

Terbaru, pelakon jelita itu diberi kepercayaan menjadi teraju filem arahan Ghaz Abu Bakar berjudul Bulan Dan Pria Terhebat.

Dia sangat teruja terutama selepas pertama kali mendapat watak utama dalam filem itu sebagai Bulan.

“Sememangnya saya gementar namun bersyukur dan teruja kerana itu watak yang saya impikan selama ini. Saya benar-benar seronok ketika melakukan penggambaran.

“Walaupun baru tiga tahun bergelar pelakon, saya gembira apabila akhirnya dapat watak utama untuk filem. Ini bukan filem pertama yang saya dapat, sebenarnya banyak tawaran juga sebelum ini. Namun, jadual kerja yang bertindih tidak mengizinkan saya untuk menerima tawaran terdahulu,”

– Zahirah

Bakal tampil dengan watak wanita lasak dalam filem itu, Zahirah juga pertama kali merasai memegang senjata. Menurutnya, dia terlebih dulu diminta berlatih menggunakan senjata sebelum ke set penggambaran.

“Ini pengalaman yang cukup berharga buat saya. Memang sangat gementar awalnya namun saya gembira apabila dapat merasai pengalaman menggunakan senjata dalam filem ini.

“Jurulatih yang memantau sewaktu latihan pun terkejut dengan keupayaan saya menembak. Bagi saya, dalam hal ini semua bergantung kepada kesungguhan kita selain suka apa yang dilakukan,”

– Zahirah

Tindakan Zahirah memuat naik foto wataknya sebagai Bulan sebelum ini turut mendapat perhatian ramai. Rata-rata mengatakan watak berkenaan ada persamaan dengan Lara Croft lakonan Angelina Jolie dalam filem Tomb Raider.

Berkongsi mengenai perkara itu, pelakon terbabit tidak menafikan dia sebenarnya terharu apabila disamakan dengan Angelina.

“Saya agak terkejut apabila disamakan dengan Lara Croft. Pada masa sama, memang gementar rasanya apabila memikirkan sekiranya saya tidak mampu menggalas watak itu dengan baik.

“Bagaimanapun, Ghaz memang sangat membantu apabila berada di set penggambaran. Saya juga pasti melakukan yang terbaik kerana watak ini adalah watak impian yang memang kena dengan jiwa saya,”

– Zahirah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dengan Sekali Lafaz, Tasha Kini Dah Jadi Isteri Atiq Yang Sah

Label Sudirman Penyanyi Nombor Satu, Noraniza Idris Dikecam Kononnya Sindir Siti Nurhaliza?