in ,

Yusof Haslam Terharu Menonton Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita masih rancak berlangsung sekarang ini. Malam ini adalah malam ketiga persembahan. Budiey difahamkan ketiga-tiga penghibur, Awie, Erra Fazira dan Ziana masih berada dalam keadaan yang sihat. Walaupun agak keletihan, mereka mendapat kerehatan yang cukup. Pada malam kedua, Budiey difahamkan ramai sekali penonton yang hadir begitu terhibur dengan persembahan yang dikatakan lebih mantap dari malam pertama. Diharapkan ianya menjadi lebih baik dari malam ke malam. Sehinggalah malam terakhir di mana pada malam tersebut juga akan diadakan malam gala Konsert Teaterikal Suara Kita. Budiey rasa, Budiey nak hadir di malam gala, kiranya malam penutup untuk konsert yang menjadi kenangan sepanjang zaman ini.

Terbaru di media massa telah dilaporkan tentang produser filem Datuk Yusof Haslam yang menitiskan air mata ketika menonton konsert Teaterikal Suara Kita semasa malam pertama. Ye lah, siapa yang tak tersentuh apabila babak-babak yang pernah dialaminya tertera di depan mata. Kalau nak tahu, Datuk Yusof Haslam adalah orang yang bertanggungjawab menjulang nama Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain dalam industri filem tanah air pada era 90-an turut bangga dengan kejayaan ketiga-tiga artis berkenaan.

“Konsert ini mengembalikan nostalgia yang cukup bermakna sehingga ada beberapa babak yang buat saya menitiskan air mata. Saya terkenangkan perangai dan gelagat Awie, Erra dan Ziana sewaktu di zaman mula-mula saya mengarahkan mereka dalam filem-filem saya dahulu.”

Ketiga-tiga pelakon itu mencetuskan fenomena apabila muncul dalam filem Sembilu dan Sembilu 2 serta beberapa filem lain terbitan Skop Productions sehingga berjaya mencatatkan kutipan boxoffice.

Tambah Yusof, pada awalnya dia agak terkejut apabila diberitahu untuk mementaskan karya daripada filem-filem berkenaan. Namun, setelah menonton hasil pementasan itu, dia percaya konsert tersebut bakal mendapat sambutan daripada peminat-peminat yang mengikuti perkembangan filem-filem arahannya itu.

“Sebenarnya saya terkejut apabila diberitahu bahawa mereka bertiga ingin pentaskan semula filem-filem saya. Saya macam tidak percaya mereka ingin bergabung semula. Tapi bila melihat persembahan mereka, saya percaya konsert ini akan mendapat kejayaan.”

Sementara itu, Awie berkata, kejayaan pementasan tersebut menjadi bukti penyelesaian kemelut hubungan dingin antaranya dengan Erra Fazira. Katanya, secara tidak langsung hubungan persahabatan mereka bertiga kembali terjalin seperti dahulu.

“Konsert ini menutup semua cerita dan kemelut antara saya dan Erra, di sini kami buktikan yang kami boleh jadi kawan baik dan melupakan masalah yang lalu.”

Dalam pada itu, mengulas persembahan secara keseluruhan pada malam pertama itu, Awie berkata ada beberapa babak yang perlu diubah bagi memendekkan lagi tempoh masa. Bagaimanapun, dia berpuas hati dengan persembahan dan reaksi penonton sepanjang 2 jam 30 minit konsert itu berlangsung. Konsert Teaterikal Suara Kita dipentaskan dari 3 Mac sehingga 9 Mac ini di Panggung Sari, Istana Budaya di sini. Tiket pementasan itu dijual dengan harga RM79 sehingga RM499 boleh dibeli di kaunter Istana Budaya.  – Sumber: Mstar Online

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mencari Cinta Lakonan Fizz Fairuz Pilih Amsterdam Sebagai Lokasi

Hanez Suraya Jawab Isu Kontroversi Rampas Suami Orang