in , ,

Yusof Haslam Reda Jika Syamsul Tidak Pulang Beraya Pada Tahun Ini

“Dia Pernah 3 Tahun Tak Balik Raya” – Sambut Aidilfitri Secara Sederhana, Yusof Haslam Reda Jika Syamsul Tidak Pulang Beraya

Penerbit Datuk Yusof Haslam menyatakan bahawa sudah reda jika Syamsul tidak pulang ke rumah bagi menyambut Hari Raya bersama.

“Kalau dia balik raya, Alhamdulillah. Kalau dia tak balik pun, kami tak ambil hati. Saya dan isteri, Datin Patimah Ismail, sudah reda,”

– Yusof Haslam

Malah, memetik laporan Harian Metro, bapa kepada pengarah sensasi itu memaklumkan bahawa pintu rumah sentiasa terbuka untuk Syamsul.

Kongsinya, anak sulungnya itu pernah tidak pulang beraya selama tiga tahun ketika dihubungi.

“Sama ada dia balik beraya dengan kami atau tidak, itu Wallahua’alam. Dia (Syamsul) pun sebelum ini pernah tak balik raya sampai tiga tahun. Lepas itu, dia ada balik sekejap. Tak apalah. Bagi saya, saya redakanlah.
“Pintu rumah kami, sudah tentu sentiasa terbuka untuk dia kalau dia balik. Anak kita kan. Kalau sahabat kita pun, kalau kita ada krisis, tapi kalau dah berhari raya, mestilah beraya ini untuk kita bermaaf-maafan,”

– Yusof Haslam

Ditanya mengenai persiapan raya, Yusof dan keluarga hanya membuat persiapan secara bersederhana sahaja dan lebih menanti kehadiran tetamu ke rumah.

“Untuk pagi raya itu, biasalah adik beradik yang rapat dengan kita balik. Ibu bapa kita pun dah tak ada, kedua-duanya sudah meninggal dunia lama, jadi kita adik beradiklah datang kunjung-mengunjung.

“Pada hari raya kedua pula, saya bersama isteri akan ke Pulau Pinang selama tiga hari di sana. Tapi, kami akan sambung berkunjung ke rumah adik-beradik selepas pulang semula ke Kuala Lumpur,” jelas Yusof.

Kata Yusof lagi, tradisi menziarah adik-beradik ketika Hari Raya menjadi tradisi keluarga setiap tahun dan masing-masing mempunyai giliran utnuk menjadi tuan rumah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HONOR Magic5 Pro Dinobatkan Telefon Pintar Paling Laris Tahun 2023!

Puteri Sarah Simpan Semua Bukti, Tergelak Baca 44 Tuduhan Nusyuz Syamsul