in ,

Yuna Hadiah Lagu Baru All I DO di Konsert Yuna Live in Malaysia 2015

Dream big. Sparkle more. Itulah yang boleh Budiey katakan. Beberapa jam sebelum Konsert Yuna Live in Malaysia 2015 pada hari Jumaat lalu, Budiey diberi peluang oleh penganjur iaitu Livescape Group untuk mendekati bintang bergelar Yuna dalam satu temubual eksklusif. Yunalis Zarai seperti kebiasaannya akan menyambut dengan salam mesra dan ramah tamah serta keceriaan pada wajah mulusnya.

Apatah lagi, apabila temubual kami bermula dengan berbicara soal konsertnya di Marina Bay Sands, Singapura yang telah pun berjaya menghiburkan sekalian peminat di sana dua hari sebelum itu. Bak kata Yuna, peminat di Singapura sangat excited sehingga ada yang bangun menari mengikut alunan muziknya. Sangat sporting. Lebih 80% tiket berjaya dijual. Menafikan peminatnya di Malaysia yang agak kaku ketika menonton, Yuna menganggap telatah dan respon peminatnya semuanya sama sahaja. Yang penting, mereka sama-sama enjoy dengan rentak lagu muzik Yuna.

Konsert Yuna Live in Malaysia 2015

Berjaya menempa nama di Amerika Syarikat sudah cukup membuktikan siapa Yuna sekarang. Kalau tidak, tiket konsert Yuna Live in Malaysia 2015 tidaklah tinggal sisa. Difahamkan tiket konsert pada malam itu habis licin. Sold out one night show! Yuna akui beliau sangat seronok melihat peminat yang hadir memberikan sokongan dan ada di kalangan mereka mengenali Yuna sejak zaman Myspace.

Mengulas sedikit tentang konsert pada malam itu, Yuna menyanyikan 18 buah lagu popular berbahasa Malaysia dan Inggeris. Berdurasi lebih dua jam, Yuna membuka tirai persembahan dengan lagu berhantunya Dan Sebenarnya. Kemudian, saat memulakan lagu kedua, peminat dah mulai galak bersorak. Lagu daripada album Inggeris pertama yang diterbitkan di Amerika Syarikat.

Artis yang bertindak sebagai opening act pada malam itu, Noh Salleh mendendangkan tiga buah lagu iaitu Angin Kencang, Bunga di Telinga dan Sang Penikam. Noh ternyata dia cukup berdebar-debar buat persembahan di konsert itu memandangkan genre muzik mereka tetapi fahaman dan citarasa dia dan Yuna tak lari jauh. Di selang-selikan dengan lawak jenaka dan seloroh, Noh nampaknya cukup menghiburkan penonton.

Lagu-lagu lain yang menyengat dialunkan Yuna ialah Terukir di Bintang, Penipu, Lelaki, Lautan dan Penakut. Sebelum lagu Lautan, Yuna meminta peminatnya agar mendoalannya segera bertemu jodoh. Menurut Yuna, ramai peminatnya menjadikan lagu Lautan sebagai lagu latar bagi video perkahwinan mereka.

Yang paling mengujakan ramai peminat, apabila Yuna menyanyikan secara eksklusif sebuah lagu terbaharu, lagu hasil karya David Foster iaitu All I Do. Yuna menutup konsert dengan lagu I Wanna Go.

Ramai media mengeluh kepada Budiey apabila semua media yang buat liputan pada malam itu ditempatkan di tingkat atas dan ia membuatkan vokal Yuna tidak berapa jelas didengari dan tenggelam timbul jadinya. Sepatutnya, tiket atau tempat duduk media disediakan sejak awal lagi untuk memberi keselesaan kepada media. Sebaliknya, media diberi tempat duduk bersama pembeli tiket pelajar yang berharga RM75.

Selesai konsert di tanahair, Yuna akan terbang balik ke AS untuk meneruskan siri jelajah Yuna Tour membabitkan sembilan lokasi di sana bermula Selasa ini hingga 24 November 2015. Antara lokasi terbabit ialah Washington DC, Brooklyn di New York, Boston, Annapolis, Seattle, Portland, San Francisco, West Hollywood dan San Diego.

Tahniah Yuna!

Konsert Yuna Live in Malaysia 2015

Konsert Yuna Live in Malaysia 2015

Konsert Yuna Live in Malaysia 2015

Konsert Yuna Live in Malaysia 2015

Konsert Yuna Live in Malaysia 2015

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Sertai Larian REVRUN di Litar Antarabangsa Sepang

Peraduan Menang Tiket Ke Malam Gala LOVE, SUPERMOON