in

Yuka Kharisma Cerita Ibu Bapa Bercerai Dalam Lagu DENGAN TIADA LUKA

Penyanyi Yuka Kharisma yang digilap daripada program realiti Indonesian Idol musim kelima kini sedang mengembangkan bakatnya di Malaysia dengan memperkenalkan sebuah single Dengan Tiada Luka.

Semasa Budiey menghadiri Anugerah MeleTOP ERA yang lalu, Budiey sempat menemubual Yuka. Menurutnya, selain lagu Dengan Tiada Luka, ada dua lagi lagu yang mahu diperkenalkan iaitu Kita Harus Percaya dan Ku Bersedia.

Menariknya, lagu Dengan Tiada Luka ini mendapat sentuhan daripada komposer Malaysia iaitu Azlan Abu Hassan dan liriknya pula oleh Shah Shamshiri, seorang penulis lirik yang tak asing di Malaysia dan beliau merupakan seorang rakan media yang menjadi penulis di ruangan travel blog budiey.com.

Lagu Dengan Tiada Luka menceritakan tentang perjalanan hidup Yuka yang penuh berliku di mana beliau berdepan dengan masalah perceraian ibu bapa. Lagu ini telah disiapkan selama sejam setengah untuk dirakamkan.

Budiey dah dengar lagu Dengan Tiada Luka ini di Youtube. Kalau diamati betul-betul, suara Yuka persis suara penyanyi Anggun & Bunga Citra Lestari sikit. Tak syaklah kalau sebelum ini, Yuka dikatakan adalah klon kepada Bunga Citra Lestari dan Anggun. 

Selain boleh menyanyi, Yuka juga berbakat besar dalam mencipta lagu. Terbukti dalam albumnya, Yuka akan memuatkan empat buah lagu ciptaannya iaitu lagu Jatuh Cinta, Bukan Dia, Pulang dan Mati Rasa.

Album baru yang memuatkan beberapa lagu pelbagai genre itu akan siap pada tahun ini. Selain pop, Yuka juga suka menyanyi lagu jazz, soul, R&B dan etnik.

Yuka menjadikan Datuk Sheila Majid dan Anuar Zain sebagai idola untuk berjaya dalam bidang nyanyian. Malah beliau suka dengan vokal terbaik Anuar Zain dan Yuka berharap dapat berduet dengan Anuar Zain suatu hari nanti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharifah Zarina Mahu Saman Penulis Blog

Gambar Persembahan Shah Rukh Khan di Konsert Temptation Reloaded