in , ,

Young Khalifa Lancar Single Pertama ME GUSTA (AKU SUKA)

Lagu ME GUSTA (AKU SUKA), merupakan single pertama Young Khalifa (YK) di bawah naungan Map Music. Young Khalifa (YK) atau nama sebenar beliau Muhammad Iskandar Bin Roswira adalah seorang ‘Rapper’ dari Singapura dan mula meminati rapping sejak usia 12 tahun.

Young Khalifa (YK) kemudiannya mengembangkan bakatnya melalui platform Bigo LIVE pada tahun 2015.

Young Khalifa Lancar Single Pertama ME GUSTA (AKU SUKA)

Dari situ beliau mendapat sambutan ramai pengguna-pengguna Bigo LIVE dengan pelbagai topik terkini yang dikongsikan termasuklah berkenaan nyanyian dan rap.

Beliau yang juga pernah menyertai Asia’s Got Talent pada tahun 2019, percaya bahawa bakat yang ada boleh dikembangkan dan tidak akan terhenti di situ.

Menurut YK, beliau bersyukur dan amat berbesar hati bila diberi peluang untuk mengembangkan bakatnya di Malaysia.

“Alhamdulillah single pertama YK, Me Gusta di bawah naungan Map Music sudah pun dilancarkan sejak 9 December yang lalu.

YK bersyukur diberi kepercayaan untuk berkarya dan mewarnai industri muzik,”

– Young Khalifa

Me Gusta adalah hasil ciptaan Syko G & Jack Jafni manakala lirik oleh Puyu (Media Asia Production).

Lagu yang menampilkan genre reggaeton ini mengambil masa 2 hari untuk menghabiskan sesi rakaman.

Lagu ini menceritakan tentang seorang lelaki yang ingin cuba memikat seorang wanita namun oleh sebab ego, lelaki tersebut tidak kisah sekiranya wanita yang diminatinya itu tidak suka terhadapnya.

Lirik yang santai dan beat yang catchy pastinya memukau pendengar di luar sana. Me Gusta (Aku Suka) boleh didapati di semua platform digital muzik dan streaming. Diharapkan lagu ini mendapat tempat di hati peminat dan sokongan daripada media-media.

Teruskan menyokong Young Khalifa (YK) untuk terus mewarnai industri muzik.

Follow Young Khalifa: Instagram : yk.youngkhalifa Facebook : Young Khalifa YK.

Young Khalifa Lancar Single Pertama ME GUSTA (AKU SUKA)
Young Khalifa Lancar Single Pertama ME GUSTA (AKU SUKA)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aliff Syukri & Ali Puteh Kini Berdamai, Tamatkan Sengketa & Mahu Bersahabat Baik

Layla Sania Terus Mewarnai Industri Muzik dengan LAKARAN