in , ,

Yazit Search Meninggal Dunia Akibat Kerosakan Otak

Bekas pemain dram kumpulan rock Search, Yazit Ahmad, 57, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 11.53 pagi tadi akibat komplikasi kerosakan otak.

Perkara tersebut disahkan oleh rakan baik Allahyarham, Ashaari Mohd Nasir menerusi kenyataan kepada pihak media. Allahyarham dimasukkan ke wad kecemasan HKL, awal pagi Selalu selepas mengadu sesak nafas dan sebaik tiba di hospital, jantungnya terhenti dan diberi bantuan pernafasan (CPR). 

Pemuzik itu mengalami kecederaan otak berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan dan bergantung kepada sokongan mesin hayat. 

yazit

Jenazah akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al-Ayubi di Taman Melati untuk disembahyangkan sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Kuala Lumpur. 

Allahyarham meninggalkan isteri Ramlah Ahmad, 59, dan tiga anak termasuk seorang anak tiri hasil perkahwinan terdahulu Ramlah. 

Yazit merupakan pengasas kumpulan Search yang ditubuhkan pada 1981. Band rock itu cukup popular dengan lagu Isabella, Pawana, Kejoraku Bersatu dan Fantasia Bulan Madu.

Pada 12 Mei lalu, Ahli Parlimen Port Dickson itu mengunjungi Yazit di kediamannya dan menyampaikan sumbangan peribadi bagi meringankan beban yang ditanggung pemuzik itu.

Pada awal September, Yazit dimasukkan ke HKL akibat jangkitan paru-paru namun dibenarkan keluar dua hari selepas itu.

Allahyarham turut disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik sejak beberapa tahun lalu.

Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi di Taman Melati, Gombak dan dikebumi selepas solat Asar.

Yazit Meninggal Dunia – Berita Harian

Bekas pemain dram kumpulan rock legenda, Search, Yazit Ahmad, 57, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, kira-kira jam 11. 53 pagi tadi.

Perkara ini disahkan rakan baiknya, Ashaari Mohd Nasir menerusi kenyataan kepada media.

Allahyarham dimasukkan ke wad kecemasan HKL, awal pagi kelmarin selepas mengadu sesak nafas dan sebaik tiba di hospital, jantungnya terhenti dan diberi bantuan pernafasan (CPR).

Doktor mengesahkan, Allahyarham mengalami kecederaan otak berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan dan bergantung kepada sokongan mesin hayat.

Keadaan pemuzik yang sudah lebih tiga dekad dalam industri seni itu dikatakan bertambah kritikal sejak petang semalam.

Yazit berdepan penyakit buah pinggang lebih 10 tahun lalu, sebelum diserang beberapa masalah lain hingga kerap keluar masuk hospital, selain menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Awal bulan ini, Yazit dimasukkan ke hospital selama dua hari disebabkan sesak nafas, tetapi dibenarkan pulang ke rumah sebaik rawatan.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi di Taman Melati untuk disolat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah, Taman Selasih.

Allahyarham meninggalkan isteri, Ramlah Ahmad, 59, dan tiga anak iaitu Razilah, 38, Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurli, 29.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mior Hashim Manap Tampil Dengan Telemovie DEMI MIRA di TV2

MOMENTS Stylish High-Tea Bersama Khai Bahar