in

Yang Menarik Tentang Sepahtu Reunion Live Musim Kedua

Sepahtu Reunion Live kini kembali di musim kedua! Mula menemui peminat lawak tempatan pada penghujung tahun lalu, sambutan yang diterima oleh rancangan ini sangat hebat, menjadikan rancangan yang dikendalikan oleh Shuib, Rahim, Jep dan Ilya (Pak Ya) ini merupakan antara rancangan komedi terbaik di Astro Warna, saluran komedi nombor satu negara.

Sepahtu Reunion Live Musim Kedua

Sepahtu Reunion Live merupakan sebuah rancangan berkonsepkan sitkom komedi pertama di Malaysia yang disiarkan secara langsung. Setiap minggu, keempat-empat tonggak utama rancangan ini akan menerima tetamu undangan yang bukan calang-calang untuk menyokong dan memeriahkan persembahan sitkom komedi mereka. Menarik lagi, segala pergerakkan dan dialog yang dilontarkan dalam rancangan ini dilakukan secara spontan berdasarkan pada topik pada minggu tersebut. Untuk minggu pertama pada musim ini, persembahan sitkom komedi Sepahtu Reunion Live berkisar mengenai topik ‘Pahlawan’.

Jika musim terdahulu, antara nama-nama besar yang memeriahkan pentas Sepahtu Reunion termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Vida, Erra Fazira, Maya Karin, Izara Aishah, Maria Farida dan ramai lagi. Siapa pula tetamu undangan yang akan menghangatkan pentas Sepahtu Reunion Live pada minggu ini? Sama-sama kita saksikan.

Siaran Langsung Sepahtu Reunion Live (Minggu Pertama) pada 3 November 2017 (Jumaat), jam 10.00 malam di Royal Theater, Shah Alam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fesyen ‘Nasi Lemak Daun Pisang’ Miss Universe 2017 Dikritik Netizen

Yang Gempak Yang Hebat di Karnival Jom Heboh Johor Bahru