in , ,

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Drama BERDUA

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) melalui Unit Drama TV RTM pada 12 Februari lalu mengadakan sesi pra tonton Panggung RTM “Berdua” di Auditorium P.Ramlee, Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Telefilem Berdua ini dihasilkan oleh garapan pengarah Wan Afzam Wan Daud. Barisan pelakon utama yang terlibat dalam telefilem ini ialah Sangeetha Krishnasamy (Sutera), Faizal Hussein (AL), Gambit Saifullah (Papot), Che Kem (Farouk) dan Zaidi Omar (orang kanan).

Telemovie ini disiarkan pada 22 Februari ini, pukul 9.00 malam mengisi slot Panggung RTM di TV1.

poster berdua

LOGLINE

Mengisahkan tentang seorang bekas peguam (Sutera) yang berhijrah ke suatu tempat bagi menebus kesilapan beliau terhadap seorang bekas banduan (AL) yang ditempatkan di kampong tersebut bagi menamatkan parolnya. Pelbagai usaha dilakukan oleh Sutera bagi membantu Al dalam membina kehidupan yang baru serta mengubah persepsi masyarakat terhadap bekas banduan. Tanpa disedari, bibit cinta antara mereka mula mekar tetapi dihalang oleh kisah silam mereka. Namun mereka yakin akan setiap dugaan yang diberikan oleh Allah S.W.T mampu menjadi air yang menyucikan dosa-dosa silam mereka dan menjadikan mereka yang lebih baik.

sesi bergambar pratonton Berdua

SINOPSIS 

Sutera merupakan peguam yang telah menyebabkan Al dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan olehnya. Akan tetapi, beliau cuba untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan dengan membuat rayuan daripada pihak mahkamah terhadap kes Al. Mahkamah bersetuju dengan rayuan Anum, dengan syarat Al perlu menjalani parol dan dibuang daerah selama beberapa tahun.

Al yang menjalani parol di kampung tersebut mengaplikasikan pembelajaran yang diperolehinya semasa dipenjara untuk meneruskan kelangsungan hidup. Beliau membuat kerja-kerja kampung seperti membaiki kerosakan perkakasan elektrik, jurupaip, membersihkan kebun dan sebagainya dengan menawarkan harga yang berpatutan. Hal itu tidak disenangi oleh beberapa penduduk lain yang sering memperlekehkan kredibiliti beliau sebagai bekas banduan.

Pertemuan Al dan Sutera secara tidak sengaja terjadi apabila berlaku litar pintas di pusat khidmat masyarakat yang memaksa Sutera untuk mendapatkan khidmat juruelektrik. Seorang anak murid beliau meminta Al untuk membantu membaiki masalah tersebut. Detik itu menjadi permulaan kepada perhubungan mereka. 

yang hadir pratonton Berdua

Kehadiran Papot yang merupakan seorang lagi bekas banduan yang telah dipenjarakan oleh Sutera atas kesalahan juvana menimbulkan konflik antara mereka. Papot sangat mengidolakan keperibadian Al sepanjang berada dipenjara. Melihat kemesraan antara Sutera dan Al menimbulkan ketidaksenangan hati Papot yang ingin membalas dendam terhadap Sutera.

Al pergi entah ke mana bagi menguruskan sesuatu. Papot mengambil kesempatan atas ketiadaan Al untuk melunaskan dendamnya kepada Sutera. kepercayaan Sutera terhadap Papot akhirnya menikam dirinya sendiri apabila Papot melakukan kekerasan terhadapnya.

Sutera di bawa ke dalam hutan bagi melunaskan dendam kesumatnya yang selama ini dipendamnya. Papot menjelaskan kepada Al bahawa inilah balasan yang sepatutnya Sutera terima kerana telah menyebabkan dia merengkok dalam penjara. Dia berharap Al akan memahami dan menyebelahinya.

Melihatkan keadaan Sutera yang menjadi mangsa dendam Papot, Al membelasahnya. Sutera segera dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. Al kesal dengan apa yang telah menimpa Sutera. Sungguh…dia amat sayangkan Sutera. Al tidak mahu kehilangan Sutera. 

Sutera di bawa keluarganya ke ibu kota untuk menerima rawatan susulan. Hari berganti hari, Sutera semakin pulih daripada kecederaan yang dialaminya. Namun, hatinya seakan kosong. 

Al masih setia menati Sutera. Adakah kesempatan untuk mereka menyatu?

watak Sutera dan AL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Emma Maembong Sah Bergelar Isteri Kepada Shazli dengan Sekali Lafaz

Datuk Seri Vida Nekad Saman Malu Terhadap Azwan Ali