in , , ,

Yang Anda Patut Tahu Tentang Drama PUJAAN HATI KANDA

Drama PUJAAN HATI KANDA adalah kisah kasanova Remy Ishak dalam Pujaan Hati Kanda yang dibebani dengan kehadiran bayi misteri yang dikatakan anak kandungnya.

Drama PUJAAN HATI KANDA adalah kisah kasanova Remy Ishak dalam Pujaan Hati Kanda yang dibebani dengan kehadiran bayi misteri yang dikatakan anak kandungnya. Manakala Mira Filzah pula diupah oleh Remy untuk menjaga bayi tersebut dan tiba-tiba mereka jatuh cinta.

Remy Ishak kini tergila-gilakan Mira Filzah pula? Semuanya bermula apabila Remy Ishak perlu mencari pengasuh bagi menjaga bayi lelaki yang ditinggalkan di masjid ketika dia mahu bernikah. Kerana bayi misteri yang dikatakan anak kandungnya, tunangnya tidak mahu meneruskan pernikahan mereka.

Pujaan-Hati-Kanda-Poster-Option-02

Sudahlah tak jadi kahwin, Remy pula perlu menjaga bayi tersebut sendirian kerana datuk dan neneknya tidak mahu campur tangan dan malu dengan perbuatannya.

Nasib Remy baik, kerana Mira Filzah hadir pada waktu yang tepat! Mira Filzah bersetuju untuk menjadi pengasuh bayi tersebut memandangkan dia juga memerlukan duit.

Ironinya, semua ini adalah watak mereka berdua dalam drama terbaharu di slot Akasia mulai 20 Disember ini iaitu Pujaan Hati Kanda. Remy yang membawa watak Danny, bagai menerima pembalasan atas sikap kasanovanya dahulu apabila perlu bertanggungjawab menjaga seorang bayi secara tiba-tiba.

Pujaan-Hati-Kanda-Poster-Option-04

Sinopsis Drama PUJAAN HATI KANDA Lakonan Mira Filzah & Remy Ishak

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya. Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara (Mira Filzah), pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya. Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi? Saksikan drama 28 episod ini terbitan Mache All Star United Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Eoon Shuhaini ini setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

Pelakon: Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Dian P Ramlee, Catriona Ros.

Pujaan-Hati-Kanda-Poster-option-05
Pujaan-Hati-Kanda-Poster-Option-03

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MIRA FILZAH

Mira Filzah Bongkar Rahsia Babak Kena Tampar Syazwan Zulkifly

Dua Artis Indonesia Disyaki Pelacur Online, Dibayar Hingga Rp80 Juta