in , , ,

“Ya, Saya Bakal Kahwin,” – Nelydia Senrose

“Ya, saya bakal menamatkan zaman bujang, tidak lama lagi.”

Itu reaksi ringkas Nelydia Senrose, 24, apabila perkongsian Instagram (IG) Story (IG) termasuk yang dimuat naik saudara-mara dan kenalan rapat aktres itu yang menghadiri majlis meraikan bakal pengantin yang dianjurkannya di sebuah hotel di sini, tersebar baru-baru ini.

Enggan mengulas lanjut, Nelydia mendoakan majlis yang dirancang kelak diberkati dan dipermudahkan.

“Insya-Allah, semoga yang dirancang (majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan) akan dipermudahkan,’

– Nelydia Senrose

Petang tadi, netizen kecoh apabila perkongsian IG Story termasuk yang dimuat naik kenalan Nelydia yang menunjukkan pelakon itu diraikan pada majlis ‘bridal shower’, tersebar.

Nelydia Senrose

Ini bagai memberi isyarat Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, bakal melangsungkan perkahwinan, tidak lama lagi.

Antara kelibat yang dilihat menghadiri majlis itu termasuk kakaknya, Uqasha Senrose; adiknya, Raysha Rizrose serta sepupu, Aprena Manrose.

Apa yang menarik, majlis itu menggunakan tanda pagar myotherhafeznel merujuk kepada nama kekasih Nelydia iaitu jejaka yang dikenali sebagai Hafez.

Tambah Nelydia, majlis itu sebenarnya bertujuan meraikan teman baiknya pada acara minum petang.

Sebelum ini, Nelydia mengaku sudah bersedia untuk menjadi isteri dan memanjatkan doa agar jodohnya dipermudahkan ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci, baru-baru ini.

Tahun lalu, Pelakon drama Encik Suami Mat Salih Celup ini memuat naik foto sebentuk cincin di jari manisnya, sekali gus mencetuskan tanda-tanya dalam kalangan peminat.

Nelydia kemudian dilaporkan mengaku cincin terbabit adalah pemberian Hafez, iaitu seorang ahli perniagaan.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kereta Akim Terbabas di Toyota Gazoo, Bella Menangis Diusik Stacy

Insiden Dipeluk Peminat: As’ad Motawh Nafi Buat Gimik