in ,

Xiaomi Umum Pelancaran Redmi Note 5

Redmi Note 5 yang boleh didapati bermula dari RM799 menetapkan tanda aras baharu bagi fotografi telefon pintar dalam julat harga berkenaan

Xiaomi, salah sebuah syarikat peneraju teknologi global, hari ini dengan rasminya melancarkan Redmi Note 5. Rangkaian telefon pintarnya yang terbaharu itu boleh didapati pada harga RM799 bagi varian 3 + 32 GB dan RM999 bagi varian 4 + 64GB. Redmi Note 5 menawarkan kualiti imej kameranya yang mengagumkan serta prestasi yang tiada tandingannya dalam julat harga berkenaan. Ia sekali lagi membuktikan komitmen syarikat tersebut dalam menyediakan teknologi telefon pintar yang terbaik pada harga yang menakjubkan.

Xiaomi Umum Pelancaran Redmi Note 5 dan pembukaan 6 lagi Mi Stores

Digelar sebagai “Camera Beast ”, Redmi Note 5 dilengkapi dengan platform Qualcomm Snapdragon 636 dan mempunyai keupayaan fotografi bertaraf premium. Ia turut menawarkan ciri-ciri seperti dwi kamera dengan sensor besar 1.4μm piksel, kesan kamera AI dan lampu swafoto LED untuk kamera hadapannya. Redmi Note 5 sememangnya cukup berkuasa untuk merakam gambar-gambar yang hebat tidak kira di mana sahaja, pada bila-bila masa.

Pada majlis itu juga, Xiaomi turut mengumumkan bahawa ia akan membuka 6 lagi Mi Stores di Malaysia pada Mei, sebagai tambahan kepada 4 buah Mi Stores yang sedia ada di seluruh negara. Langkah berkenaan sejajar dengan wawasan Xiaomi iaitu untuk menyediakan pelbagai produk berinovasi yang mudah didapati oleh semua orang ke dalam pasaran Malaysia. 

“Saya berasa amat gembira kerana dapat mengumumkan pelancaran Redmi Note 5 di Malaysia, sebuah peranti berkuasa dilengkapi dengan kamera yang sangat mengagumkan setanding dengan telefon pintar flagship di pasaran.”

“Saya percaya bahawa peranti ini akan mendapat sambutan hangat daripada para peminat teknologi kerana ia memberi kuasa ke tangan pengguna di seluruh negara. Saya juga teruja mengumumkan rancangan Xiaomi untuk meluaskan lagi kedudukannya di Malaysia, termasuklah dengan pembukaan kedai di setiap bandaraya utama, bagi memudahkan orang ramai mendapatkan produk kami.”

Ketua Xiaomi Rantau Pasifik Selatan, ​Steven Shi

Imej Lebih Jelas Dan Pantas Memfokus Walau Dalam Cahaya Suram

Redmi Note 5 menawarkan ciri dwi kamera, sebuah ciri yang biasanya hanya terdapat pada telefon pintar flagship sahaja. Sensor utama 12 megapiksel menampilkan piksel bersaiz besar 1.4μm, yang dapat memerangkap lebih banyak cahaya dan menghasilkan imej yang lebih jelas walau dalam cahaya suram.

Dilengkapi dengan teknologi Dwi Piksel yang biasanya digunakan dalam kamera DSLR profesional, kamera Redmi Note 5 berupaya memberikan fungsi autofokus yang amat pantas agar pengguna tidak terlepas sebarang detik yang mereka ingin rakamkan. Setiap satu piksel daripada sensor utama 12 megapiksel mengandungi dua fotodiod (peranti semikonduktor yang boleh menukar cahaya kepada arus elektrik), menjadikan jumlah keseluruhan 24 juta fotodiod, iaitu hampir 30 kali ganda lebih fotodiod berbanding sensor PDAF biasa pada resolusi yang sama. Ianya membolehkan sensor berkenaan mengukur perbezaan fasa dengan berkesan, lalu meningkatkan kepantasan autofokus dengan ketara.

Kamera hadapan Redmi Note 5 dilengkapi dengan sensor 13 megapiksel serta didatangkan dengan lampu Swafoto LED. Kedua-dua kamera hadapan dan belakangnya turut dilengkapi dengan fungsi Beautify 4.0 terbaharu Xiaomi. Ini bermakna apabila Mod Potret diaktifkan, ia akan menghasilkan pelbagai kesan berbeza yang dimantapkan oleh komputasi AI agar tampak semula jadi seolah-olah seperti dimekap. Walaupun tiada sensor kedua, kamera hadapan tetap berupaya menghasilkan kesan bokeh yang hebat dalam Mod Potret hasil bantuan teknologi AI yang berupaya mengasingkan subjek daripada latar belakangnya.

Qualcomm Snapdragon 636 yang berkuasa serta efisien

Redmi Note 5 menggunakan platform Snapdragon 636 yang terkini daripada Qualcomm berasaskan kepada proses pengilangan semikonduktor 14nm. Pengguna akan mengalami prestasi yang lebih pantas sama ada ketika menyunting dokumen spreadsheet yang besar atau bermain permainan video yang memerlukan sokongan tinggi, dengan seni bina Kryo 260, kelajuan pemprosesan maksimum 1.8GHz dan GPU Adreno 509 yang dimilikinya.

Berbanding dengan Qualcomm Snapdragon 630, prestasi Snapdragon 636 meningkat sebanyak 40 peratus sementara mengekalkan kecekapan tenaga yang cemerlang.

Sementara itu, Redmi Note 5 merupakan peranti pertama keluaran Redmi yang menggunakan LPDDR4X DRAM, yang selalunya hanya didapati dalam telefon pintar flagship. Gabungan kepantasan DRAM dengan kapasiti sehingga 4GB, Redmi Note 5 boleh mengendalikan lebih banyak aplikasi secara serentak dan beralih antara program dengan lancar.

Redmi Note 5 dilengkapi dengan skrin penuh 18:9 FHD+ 5.99 inci, bateri berkapasiti besar 4000mAh dan menyokong pengecasan pantas. Dilengkapi dengan sistem operasi MIUI 9 berasaskan Android Oreo.

Xiaomi diasaskan pada 2010 oleh usahawan berjaya Lei Jun berdasarkan kepada wawasan “inovasi untuk semua”. Kami di Xiaomi percaya bahawa produk berkualiti tinggi yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi canggih sepatutnya boleh didapati dengan mudah oleh semua. Kami mencipta perkakasan, perisian dan perkhidmatan internet yang luar biasa untuk dan dengan bantuan para peminat Mi kami.

Kami menggabungkan maklum balas mereka ke dalam rangkaian produk kami, yang ketika ini termasuk telefon pintar Mi dan Redmi, Mi TV dan set-top box, router Mi dan produk Ekosistem Mi termasuklah produk rumah pintar, peranti boleh pakai dan aksesori lain. Setelah berjaya menembusi pasaran di lebih 70 buah negara serta wilayah, Xiaomi terus mengembangkan sayapnya di seluruh dunia untuk menjadi sebuah jenama global.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Umie Aida & Erra Fazira Jadi Tamu dalam BOCEY & FRIENDS LIVE Jumaat Ini

Altimet Bawa AIR Ke Tujuh Lokasi