in , ,

Xiaomi Malaysia Tawar Promosi Beli 1 Percuma 1

Masuk secara rasmi di Malaysia pada penghujung 2019, siri Mi Note 10 cukup hangat dibualkan. Sebab apa? Pastinya disebabkan oleh penawaran kamera utama 108MP untuk pengguna.

Bermula hari ini, Xiaomi Malaysia tampil mengumumkan promosi beli satu percuma satu untuk pembelian siri Mi Note 10. Siri ini tampil dengan dua versi iaitu Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro.

Buy-1-Free-1

Pembelian salah satu versi akan menerima sebuah lagi peranti berupa:

  • Mi Note 10 > Percuma Redmi 7 (RM459)
  • Mi Note 10 Pro > Percuma Redmi 8A (RM459)

Ia hanya ditawarkan di Mi Store seluruh negara selagi stok masih anda. Diingatkan bahawa promosi ini hanya berjalan dari 6 Mac –  31 Mac 2020 sahaja.

Bagi anda yang mahu mendapatkan penjimatan, beli dua peranti pada satu harga, boleh mengunjungi Mi Store dalam tempoh masa yang disebutkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alif Syukri Didakwa Mendera Anak Angkat Bebas Dengan Jaminan Polis

Giliran Dayang Nurfaizah & Hael Husaini Beraksi di Konsert Minggu Ini