in , ,

WeTV iflix Siar Filem AKU BUKAN GILA Lakonan Beto Kusyairy & Fasha Sandha

Filem Tempatan “Aku Bukan Gila” Dibintangi Beto Kusyairy & Fasha Sandha Kini Disiarkan secara Eksklusif & Percuma menerusi Perkhidmatan Penstriman WeTV iflix! Sempena pelancaran “Aku Bukan Gila” yang mengujakan, tetamu media, selebriti dan tetamu kehormat berkumpul di Flamingo Hotel Ampang untuk menyaksikan pratonton filem eksklusif

Berita baik buat peminat filem tempatan! Filem terbaharu WeTV iflix, “Aku Bukan Gila” yang diterbitkan oleh Pencil Pictures and Records dan diarahkan oleh Rahila Ali, akan disiarkan bermula hari ini secara eksklusif dan percuma menerusi perkhidmatan penstriman WeTV iflix.

Pada majlis pelancaran media eksklusif di Flamingo Hotel Ampang, seramai ahli media dan pencetus pengaruh berpeluang menyaksikan pratonton “Aku Bukan Gila” buat julung kali, sekaligus meningkatkan lagi keterujaan sebelum tayangan perdananya hari ini.

Bersempena pelancaran filem ini, para tetamu media, selebriti dan tetamu kehormat juga berpeluang bertemu barisan pelakon filem yang sangat dinanti-nantikan ini. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Fasha Sandha, Beto Kusyairy, Wanna Ali dan Rahila Ali.

Filem AKU BUKAN GILA
(Kiri ke Kanan): Vijay Munisamy (Executive Producer of WeTV iflix Malaysia), Beto kusyairy, Rahila Ali, Dato’ Normashayu, Fasha Sandha, Wanna Ali, Sissy Imann, Heng Aik Kuang (Country Manager of WeTV iflix Malaysia) di pelancaran Aku Bukan Gila
Filem AKU BUKAN GILA
(Kiri ke Kanan): Beto Kusyairy, Fasha Sandha, Wanna Ali semasa sidang media Aku Bukan Gila

“Saya berbangga untuk menjadi sebahagian daripada filem ini dan menghidupkan watak Andra, seorang wanita dengan personaliti yang kompleks lagi kuat, yang bergelut dengan kesedihan serta cabaran kehidupan seperti kita semua,” kata Fasha Sandha, pelakon utama “Aku Bukan Gila”.

“Peluang keemasan untuk bekerjasama dengan pengarah filem wanita, Rahila Ali, dalam penerbitan ini turut memperkasakan saya. Saya bersyukur dapat bekerjasama dengan WeTV iflix untuk menyebarkan keterujaan serta mesej yang disampaikan filem ini, dan berharap dapat menyertai lebih banyak lagi kolaborasi sedemikian pada masa depan.”

Filem AKU BUKAN GILA
Ucapan Heng Aik Kuang, Pengurus Negara WeTV iflix Malaysia

“Kami sangat bersyukur untuk menjadi platform yang membawakan kisah menyentuh hati, ‘Aku Bukan Gila’ kepada rakyat Malaysia, yang pasti akan tersentuh oleh mesej cintakan diri sendiri daripada filem ini,” demikian kata Aik Kuang Heng, Pengurus Negara WeTV iflix Malaysia. “Memandangkan penstriman media telah menjadi pengaruh yang berkuasa dalam industri perfileman, serta penerapan media ini yang sangat tinggi di Malaysia, kami berharap untuk membawa pilihan kandungan premium yang lebih luas dari rantau Asia kepada penonton kami, di samping memperkasakan industri perfileman tempatan.”

Filem AKU BUKAN GILA

Dibintangi artis tempatan yang berpengalaman, Beto Kusyairy dan Fasha Sandha, “Aku Bukan Gila” mengisahkan Andra (Sandha) yang merantau ke perkampungan Beddgelert di North Wales untuk melarikan diri daripada kekangan kekeluargaan dan mengubati hatinya selepas kematian ibu tersayang. Tanpa diduga, takdir mempertemukannya dengan Andre (Kusyairy) dalam latar belakang yang menampilkan keindahan lanskap Wales. Walaupun pada awalnya, Andra banyak berselisih pendapat dengan Andre, mereka akhirnya berjaya mengatasi perbezaan yang wujud di antara mereka. Namun, apabila Andra cuba masuk campur dalam kehidupan silam Andre, jejaka itu bukan sahaja mula berasa tidak selesa bahkan meragui kesihatan mental Andra. Ciri kompleks kedua-dua pelakon utama filem ini akan membuka mata penonton kepada isu kesihatan mental, yang akan diterokai lagi dalam sebuah babak khas yang ditayangkan selepas penutup penghargaan. Ia pasti akan menyentuh perasaan penonton, dan meningkatkan penghayatan terhadap dua watak utama yang dihidupkan oleh Beto dan Fasha.

Filem AKU BUKAN GILA

WeTV iflix akan terus berusaha menyokong bakat tempatan dan menjadi platform premium untuk mengedarkan kandungan tempatan yang bermutu tinggi. Tonton “Aku Bukan Gila” sekarang juga secara percuma menerusi penstriman eksklusif di WeTV iflix di iflix.com, atau aplikasinya yang boleh dimuat turun dari Apple Store danGoogle Play Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hiasan

Dua Pegawai Kanan Dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Ditahan SPRM

Album Laku Keras! Album Fizikal MANIFESTASITI2020 Siti Nurhaliza Terima Anugerah Emas