in ,

WAVE Awards 2021 Dalam Norma Baharu Lanjut Tarikh Penyertaan Hingga 15 Jun 2021

FAKULTI FILEM TEATER DAN ANIMASI (FiTA), YAYASAN HASANAH DAN FINAS SERU FAHAMI NORMA BAHARU MELALUI PERTANDINGAN KARYA FILEM PENDEK DAN TARIAN, LANJUT TARIKH PENYERTAAN HINGGA 15 JUN 2021.

Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Puncak Perdana Cawangan Selangor dengan kerjasama Yayasan Hasanah dan FINAS mengambil inisiatif menyeru masyarakat untuk sama-sama memahami kehidupan normal baharu melalui pertandingan karya filem pendek dan tarian. Pertandingan ini telah dilanjutkan penyertaan kepada awam sehingga 15 Jun 2021.

Sejumlah RM33,000 dipertaruhkan kepada kesemua bakal pemenang pada majlis kemuncak WAVE Awards 2021. Majlis akan berlangsung secara dalam talian pada 9 Julai 2021 dengan gilang gemilang.

WAVE

Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Dato’ Professor Ts. Dr. A Razak Mohaideen berpendapat bahawa Pandemik Covid-19 yang telah melanda negara lebih setahun ini tidak menghalang bakat dan kreativiti anak-anak muda.

Malah mereka lebih berpeluang menonjolkan idea dan kreativiti melalui penggunaan teknologi dan kamera dengan menyertai pertandingan yang dianjurkan.

Tambah beliau, pertandingan ini mampu menjadi kayu ukur yang lebih tinggi sekiranya mereka ingin menceburkan diri di dalam industri yang berkaitan.

FiTA bersama Yayasan Hasanah dan FINAS sangat mengalu-alukan penghantaran karya kreatif kepada WAVE Awards 2021 yang bertemakan Unleashing Creative Wonders. Pertandingan ini mengetengahkan idea-idea serta kreativiti dalam pembikinan filem dan dalam kalangan penari muda berdasarkan kepada beberapa bidang utama iaitu Pendidikan, Pembangunan Komuniti,

Alam Sekitar, Seni dan Ruang Awam, Pengetahuan, dan Norma Baharu. Tujuan penganjuran pertandingan ini dijalankan adalah untuk mengangkat peranan serta fungsi filem dan tarian dengan lebih luas.

Objektif WAVE Awards 2021 adalah:

  • Untuk mempromosikan bakat muda dengan mengeksperimenkan idea melalui produk mereka.
  • Untuk mendorong bakat muda menanam minat dalam menyampaikan pengetahuan secara kreatif.
  • Untuk mendidik orang ramai melalui produk kreatif yang dipamerkan.
  • Untuk memberi kesedaran dalam menjadikan dunia tempat yang lebih baik untukkehidupan norma baharuAcara ini terbuka kepada semua pelajar sama ada dari Universiti Awam (UA) mahupun Universiti Swasta, dan semua lapisan masyarakat. Sebarang penyertaan adalah percuma.Diharapkan dengan perlanjutan tarikh tutup penyertaan ini akan memberikan lebih banyak peluang kepada segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Hasil karya yang berjaya meraih perhatian dan memenangi pertandingan ini dapat dijadikan sebagai mekanisme alternatif dalam mempromosikan kepentingan norma baharu dan memberi inspirasi kepada seluruh masyarakat Malaysia.Maklumat Tambahan:
  1. Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkaitan WAVE Awards 2021 ini, boleh berhubung: Ketua Pengarah Projek, Prof. Madya Aminah Abd Rhapor di talian 012 – 2848720
  2. Ketua Pengarah Penjurian, Dr. Norman Yusuff di talian 011 – 61264643
  3. Pengarah Promosi dan Publisiti, Cik Noorshahira Mohd Fadzil di talian 011 -15631340
  4. Timbalan Pengarah Promosi dan Publisiti, Puan Darlina Baharuddin di talian 019 -2049520
  5. Hantarkan penyertaan kepada [email protected]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Autotune Band & The Truth Persoalkan Bukti Cinta Sebenar

Pelakon Veteran Abu Bakar Omar Telah Meninggal Dunia