in

Warner Music Malaysia & KKBox IPT Tour 2014

Beberapa barisan artis Warner Music Malaysia bakal mengadakan persembahan pada hari konvokesyen pelajar-pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor pada Isnin ini. Pihak Warner Music Malaysia telah bekerjasama dengan pelajar UTHM, Batu Pahat, Johor untuk menjayakan program tersebut yang juga diberi nama sebagai Festival Konvokesyen 2014 (Festkon’14) bersempena dengan hari konvokesyen pelajar UTHM.

Program ini adalah program aktiviti pelajar yang utama di Institut Pengajian Tinggi Awam bagi meraikan mahasiswa, terutamanya mereka yang akan bergraduat pada Majlis Konvokesyen tersebut.

Program Festkon’14 ini akan berlangsung pada 13 Oktober 2014 (Isnin), jam 3.00 petang, dan bertempat di Padang Kawad, UTHM. Antara artist yang terlibat dengan program ini adalah Awi Rafael, Asmidar, Didi Astillah, Caprice dan juga NtahSape2Ntah.

Program Festkon’14 ini juga merupakan kerjasama di antara pihak Warner Music Malaysia dan juga KKBox. KKBox merupakan perkhidmatan streaming muzik yang terkemuka di Asia yang telah ditubuhkan pada tahun 2004 di Taiwan.

Tujuan KKBox adalah untuk mewujudkan pengalaman muzik dalam talian yang lebih mendalam kepada pengguna, dan untuk memberi peluang yang lebih luas kepada artis tempatan dan muzik mereka untuk pergi lebih jauh melalui inovasi teknologi. Pada hari tersebut, KKBox akan melakukan tutorial kepada orang ramai serta pelajar yang hadir tentang bagaimana untuk stream muzik dengan cara yang betul dan sah di sisi undang-undang.

Jadi, kepada semua yang berada di Batu Pahat, jom hadirkan diri anda dan meriahkan lagi suasana majlis konvokesyen pada Isnin ini dengan persembahan oleh Awi Rafael, Asmidar, Didi Astillah, Caprice dan juga NtahSape2Ntah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HyppTV Brings Comedy Central HD

Syamin Jasmi Dari Jururawat Lelaki Kini Penyanyi