in

Wanie Tak Sangka Berjaya Jadi Protege Black Mentor Milenia

Tahniah buat Wanie dari Gombak yang telah berjaya menjadi protege kepada mentor Black. Persaingan yang sangat sengit, gadis yang pertama kali menyertai pertandingan program realiti TV ini sangat bersyukur sebab Black menerima beliau.

Untitled

Menurut Black pula, Wanie ada keistimewaan tersendiri. Beliau cukup perfectionist dan sanggup lakukan apa sahaja untuk buat yang terbaik dalam setiap persembahan. Wanie juga ada vokal dan tona yang tersendiri. Namun, Black memang agak sukar untuk buat pilihan. Kalau boleh Black nak semua orang berjaya masuk. Haq juga ada keistimewaan namun, mungkin tidak ada rezeki beliau dan kedua-dua peserta lain lebih mantap.

Pastinya ramai yang kecewa apabila Haq tidak berjaya menempa nama dalam program Mentor Milenia. Itulah, mungkin ada rezeki lain untuk Haq di luar sana nanti.

Good luck kepada Wanie dan semua yang berjaya.

Jom tonton video temubual ini ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelawak Terkenal Ebby Yus Tetamu Program Barakah

Persembahan Qody Dapat Stading Ovation di Konsert Mentor Milenia