in ,

Wan Norazlin dan Juliana Aziz Tamu Program Ally Minggu Ini

Kalau minggu lepas, ALLY berbicara tentang Lawak Malaysia, untuk rakaman episod ke-7 siri ‘ALLY’ pada minggu ini, penonton akan dibawa untuk membincangkan topik menarik yang pastinya menjadi kegemaran ramai iaitu “Cinta”. Artis jemputan selaku panel perbincangan kali ini ialah pelakon sensasi terkenal Juliana Aziz dan pelakon Wan Norazlin. Mesti tengok nih. Bersesuaian bulan meraikan kekasih kot… topik cinta memang menarik diperkatakan. Betul tak?       

Tarikh : 11 Februari 2009 (Rabu)

Masa : 3.00 petang

Tempat : Studio NTV7, Glenmarie, Shah Alam

Program ‘ALLY’ kini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dengan jumlah penonton yang semakin bertambah setiap minggu, siri bual-bicara santai yang ke udara setiap Rabu, jam 11.00 malam ini sedia membicarakan tentang pelbagai isu kehidupan termasuklah sosial, pendidikan, hiburan, ekonomi, jenayah dan lain-lain.

Sering putus cinta tapi cepat dapat kekasih baru.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Cinta Untuk Ain Ganti Drama Ku Milikmu di TV3

Trivia: Siapa Nama Penyanyi Ni?