in

Wajah-Wajah Afgan Syah Reza di Pelancaran Album Confession No.1

Pada jam 4 petang tadi telah berlangsung Majlis Pelancaran Album Confession No. 1 di Songket Lounge, Hotel Istana bagi penyanyi yang semakin popular di Malaysia iaitu Afgan Syah Reza. Budiey nak ucapkan syabas dan tahniah kepada Metadome Sdn Bhd kerana telah berjaya memujuk penyanyi bersuara matang lunak sedap ini terbang ke Malaysia bagi rangka promosi album ini.

Sebenarnya, Budiey dah lama menunggu ketibaan Afgan datang ke Malaysia. Tertanya juga, syarikat rakaman manalah yang berani nak bawa Afgan datang. Masa tu, Budiey dah siap hafal semua lagu-lagu dalam album Afgan sesudah jatuh cinta dengan irama lagu mendayu Terima Kasih Cinta. Sekarang, segalanya telah direalisasikan oleh Metadome Sdn Bhd dan khabarnya untuk album akan datang… Imran Ajmain akan mencipta 5 buah lagu untuk dinyanyikan oleh Afgan. 

Di sidang media yang digimikkan dengan kehadiran Afgan palsu ini… Afgan telah mendendangkan 5 buah lagu iaitu Ordinary People (John Legend Cover Version), Padamu Ku Bersujud, Sadis, Entah dan Terima Kasih Cinta… dan untuk memenuhi wartawan, Afgan telah menyanyikan sekali lagi lagu Entah… Memang lagu Entah pun sedap gak la.

Huhu…. jap jap… jangan korang tersilap… ini bukannya Afgan ya… ini ialah Syah, staff Metadome yang dikerah untuk buatan kejutan di majlis pelancaran album Afgan petang tadi. Huhu, kelakar gak la, sebab ada beberapa fotografer yang duk bertungkus lumus mengambil gambar Syah nih… padahal Afgan Wannabe rupanya.

Kira menjadik gak la gimik tu…

Dan ini dia Afgan yang sebenarnya ketika mendendangkan lagu… penuh penghayatan… kalau Afgan masuk Akademi Fantasia, mesti kena kritik tidak menghormati penonton dan tidak ada komunikasi langsung dengan pendengar. Mata kena fokus… dan ternyata yang penting suara dan vokal Afgan memang mantap habis. Lebih sedap dari yang korang dengar dari CD… huhu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Layanan Kelas Kedua, Bunga Tidak Selesa Dengan Media?

Sekitar Pelancaran Album Afgan Syah Reza Confession No. 1 di Malaysia