in

Konvensyen Perdana Pertubuhan Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA) 2018

Pada pagi tadi telah berlangsung Konvensyen Perdana Pertubuhan Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA) 2018 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan berjaya menghimpunkan 83 pemimpin dan 1,200 ahli dari seluruh negara.

Ketua Pengarah Seranta, FELCRA BERHAD, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris, berkata konvensyen pertama kali dianjurkan itu, bertujuan memberi kesedaran kepada ahli dalam komuniti FELCRA untuk mendepani perubahan dan pembangunan negara masa kini.

Katanya, konvensyen sehari itu penting memandangkan WADIRA yang ditubuhkan sejak 1979, memerlukan perubahan, sekali gus pendekatan baharu untuk meneruskan legasi dibina bagi pembangunan wanita FELCRA di negara ini.

“Pendekatan konvensyen dijalankan secara interaktif menerusi sesi dialog, di mana ia membantu peserta bertukar pandangan serta memberi input untuk memperkasakan lagi pertubuhan ini,”

Konvensyen itu tadi telah dirasmikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sesi dialog pula dikendalikan bersama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Dun dan Usahawan Wanita Berjaya FELCRA, Datuk Seri Siti Zamriyah Samad.

WADIRA adalah badan penghubung dan perantaraan di antara keluarga ahli dengan pengurusan FELCRA Berhad.

Ditubuhkan pada 1979 di FELCRA Berhad Seberang Perak, WADIRA kini mempunyai 83 cawangan di seluruh negara dengan keahlian seramai 17,562 orang.

Antara objektif WADIRA ialah mewujudkan wanita berpengetahuan, maju, progresif dan dinamik serta boleh memainkan peranan aktif dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi keluarga.

Wadira 2018

Wadira 2018

Wadira 2018

Wadira 2018

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiket Konsert ONEREPUBLIC LIVE IN KUALA LUMPUR 2018 Dijual 23 Februari

Gegar Lawak Minggu Ke-5 Bertemakan MUZIKAL