in , , ,

Band Voice Of Men Lancar Single Berjudul SARANGHEYO

VOICE OF MEN (VMen) ialah sebuah band vokal yang telah ditubuhkan sejak tahun 2007, dianggotai oleh Fath, Nasrul, Yus, Amirul dan Lutfi.

Lagu-lagu yang telah mereka hasilkan rata-ratanya bergenre Balada, R&B, dan Pop, dengan dipengaruhi oleh bunyian kumpulan-kumpulan vokal seperti VE, Ruffedge, Nsync, Mirwana dan Backstreetboys. VMen pernah muncul sebagai peserta dalam sebuah rancangan realiti saluran TV9 pada tahun 2008 dan semenjak itu mereka mula bergerak dan berkarya secara sendiri melalui jemputan persembahan secara langsung dan juga melalui pengisian-pengisian atas talian menggunakan saluran Voice of Men di Youtube.

Keamanan, kecintaan, dan keharmonian merupakan elemen-elemen indah yang sangat diperlukan oleh manusiawi untuk bahagia di alam fana juga alam yang kekal selamanya.

Maka, pendengar akan mendapati kebanyakan lagu-lagu yang diilhamkan oleh Vmen tidak dapat dipisahkan dengan elemen-elemen tersebut.

Pada tahun 2012, lagu yang dihasilkan Vmen dengan kerjasama ahli kumpulan VE, Damian Mikhail Seet bertajuk “Laungan Cinta” telah mendapat respon positif para pendengar tempatan apabila lagu tersebut telah menjuarai carta radio IKIM untuk beberapa minggu, selain memperoleh bilangan tontonan yang memberangsangkan di Youtube.

Masih mengekalkan elemen cinta, pada 20 Mac 2020 VMen secara rasminya telah mengeluarkan sebuah lagu bertajuk “Sarangheyo” yang dirilis secara atas talian melalui Youtube dan media-media sosial utama seperti Facebook dan Instagram.

Video muzik lagu ini secara ringkasnya berkisar tentang cinta antara suami dan isteri yang akhirnya terpisah oleh dua alam berbeza kerana pemergian sang isteri.

Band Voice Of Men Lancar Single Berjudul SARANGHEYO

Kehilangan selebriti tanah air pada usia muda seperti yang berlaku pada Abam Bocey dan Ashraf Sinclair mutakhir ini sangat dekat dengan bibit-bibit lirik lagu “Sarangheyo” yang ditulis oleh pasangan suami-isteri, Fathul Rahman Misbah dan Kartini Kamaruzzaman.

VMen melalui lagu ini ingin mengajak para pendengar agar sentiasa menghargai insan-insan yang disayangi tidak kira masa dan tanpa bergantung kepada keadaan (unconditional love).

Band Voice Of Men Lancar Single Berjudul SARANGHEYO

Menariknya, penghasilan single baharu VMen pada kali ini telah mendapat sentuhan pemenang vokal terbaik anugerah juara lagu (AJL) 2007 iaitu saudara Lah Ahmad yang juga merupakan ahli kumpulan VE.

Ini merupakan kali kedua VMen bekerjasama dengan ahli kumpulan VE selepas “Laungan Cinta”.

Sebagaimana setiap kali menghasilkan karya baharu, anggota kumpulan VMen sentiasa mengalu-alukan maklumbalas dari segenap lapisan pendengar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Data Percuma 1GB Setiap Hari dari Maxis Semasa Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19

Zarina Anjoulie Sindir Artis Minta Bantuan Kerajaan Ketika Tempoh Sukar COVID-19