in ,

Vlog BudieyBuddies di Grand Opening Magnum Cafe Kuala Lumpur

Malam tadi, Budiey bersama sahabat Youtuber Cyrill Hassan & Yus Yunus telah hadir di Grand Opening of MAGNUM Cafe Kuala Lumpur. Oleh kerana kami penggemar ais-krim yang tegar, tawaran jemputan untuk menghadiri acara sebegini sememangnya dinantikan.

Di sana, kami sempat merakam vlog sekitar acara dan korang boleh dengar celoteh kitorang dalam vlog ini pasal apa istimewanya aiskrim MAGNUM Cafe yang terletak di tingkat 3, Mid Valley. Vlog ini dirakam dengan hanya menggunakan Samsung Galaxy Note 4. Jadi, faham-faham sendirilah akan mutu bunyinya yang agak kurang gaya keunggulan.

Acara semalam sangat grand kerana ramai selebriti yang hadir untuk mengecapi kesedapan aiskrim MAGNUM yang cukup special dan di antara mereka yang tampil sebagai muse pertunjukan fesyen yang menampikan MAGNUM. Antaranya Nurul Depp, Nasha Aziz, Siti Saleha, Aqasha, Wak Doyok, Belinda Chee, Ning Baizura, Alan Yun, Amanda Imani dan ramai lagi.

Waahh, rasanya dah lama habang tak attend kenduri ais-krim macam nih. Oh my diet!

Jangan lupa LIKE, SHARE, COMMENTS dan juga pada yang belum lagi SUBSCRIBE, apa kata korang cepat-cepat tekan klik butang SUBSCRIBE di Youtube Channel Budiey.com ya: www.youtube.com/budiey27

Terima kasih sudi tonton.

For more information about Magnum Malaysia please visit www.facebook.com/Magnum

20141204_203821

20141204_203857

20141204_203912(0)

20141204_204041

20141204_204054

20141204_204110

20141204_192010

20141204_192013

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Wan Raja Bakal Nikah Dengan Kakak Emma Maembong

Iklan Terbaru ENCHANTEUR di TGV Cinemas