in , ,

Viral Video Remaja Pandu Kereta Tanpa Lesen Mirip Cik B, Ini Jawapan Datuk Seri Vida

Nampaknya kes remaja atau kanak-kanak bawah umur memandu kenderaan semakin lama semakin panas pulak. Lepas satu, satu pulak video yang muncul di media sosial.

Terbaru hari ini melibatkan usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida atau DSV yang mana sebuah video dirakam pada tahun 2018 kembali viral semula. DSV tampil memberi perjelasan mengenai video yang sedang tular ketika ini. Menurutnya, video berkenaan adalah video lama ketika dia menghadiahkan anak perempuannya Cik B sebuah kereta jenama Mercedes Benz.

Viral Video Remaja Pandu Kereta Tanpa Lesen Mirip Cik B, Ini Jawapan Datuk Seri Vida

Usahawan kosmetik tersohor, Datuk Seri Vida tampil memberi perjelasan mengenai video yang sedang tular ketika ini.

Selepas melihat video berkenaan netizen dengan pantas membuat andaian bahawa pemandu kereta tersebut merupakan anak DSV iaitu Cik B. Hmm memang ada rupa-rupa Cik B lah sekali pandang… 

Menurut Vida atau lebih mesra disapa DSV, video berkenaan adalah video lama ketika dia menghadiahkan anak perempuannya Cik B sebuah kereta jenama Mercedes Benz.

Viral Video Remaja Pandu Kereta Tanpa Lesen Mirip Cik B, Ini Jawapan Datuk Seri Vida

“Itu video lama sekitar tahun 2017 atau 2018. Cik B dapat hadiah kereta pada hari jadi dia,”

– Datuk Seri Vida

Ditanya mengenai laporan polis yang dibuat susulan tindakan remaja tersebut memandu tanpa lesen, DSV menjelaskan dia tidak tahu mengenai hal tersebut.

“Jadi kes polis ke? Saya tak tahu. Itu video lama jadi saya harap orang tak sebarkan infomasi yang tidak betul,”

– Datuk Seri Vida

Terdahulu, video berdurasi 33 saat itu kecoh di media sosial dan dipercayai dirakam di kawasan Meru Hills, Ipoh Perak.

Susulan video berdurasi 33 saat yang kembali viral itu, pihak polis katanya sedang mengenal pasti identiti remaja perempuan terbabit yang dipercayai masih bawah umur.

Menerusi wajah remaja berkenaan, ada yang mendakwa individu berkenaan mirip Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.

Viral Video Remaja Pandu Kereta Tanpa Lesen Mirip Cik B, Ini Jawapan Datuk Seri Vida

Sementara itu, menerusi laporan Mstar, Polis kini sedang mengenal pasti identiti remaja perempuan di dalam video berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, video berkenaan memaparkan seorang remaja perempuan sedang memandu sebuah kereta, namun model dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti.

“Satu laporan polis dibuat Pegawai Trafik Daerah Ipoh berkenaan video tular tersebut dan siasatan lanjut diteruskan untuk mengenal pasti identiti pelaku dan butiran kenderaan di dalam video.

“Dalam video sama juga, terdapat suara seorang wanita sedang berbual dengan remaja tersebut,”

– Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan individu di bawah umur memandu kenderaan motor.

Selain itu, siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 26(1) akta sama kerana memandu kenderaan motor tanpa lesen.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas ‘Dynamite’ Cipta Fenomena, BTS Terus Kekal Takhta Billboard

Apple Menghasilkan Pelitup Muka Buatan Sendiri Untuk Kegunaan Kakitangan