in

Vince AF Bintangi Drama Khas Hari Gawai Ratu Kumang

VINCE AF BINTANGI DRAMA KHAS HARI GAWAI : RATU KUMANG MENGISI SLOT MUSTIKA PADA  5 JUN 2009 (JUMAAT), JAM 10.00 PAGI

Budiey BlogMasyarakat Dayak boleh berbangga dengan pengiktirafan sambutan Hari Gawai yang telah pun dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Sarawak. Di samping sambutan Pesta Menuai Sedunia dan Rumah Terbuka Gawai di peringkat kebangsaan jelas menunjukkan perayaan ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Terutama melibatkan nilai seni budaya yang unik dan tersendiri serta menjadi aset pelancongan utama bagi menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara.

Perkongsian ilmu kebudayaan dan khazanah bagi masyarakat Dayak ini cukup penting dipelajari oleh generasi muda agar mereka boleh menghargai, menghayati serta meraikan keunikannya.

Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) khas sempena sambutan Hari Gawai ini menghidangkan drama menarik yang berlatarkan sambutan perayaan itu menerusi Ratu Kumang yang disiarkan mengisi slot Mustika pada 05 Jun 2009 (Jumaat), jam 10.00 pagi di TV2.

Menariknya kerana Ratu Kumang menampilkan bakat penyanyi Vincent Chong AF memegang watak utama di samping pelakon Ary Malik dan Raja Farah yang pastinya mampu memberikan tarikan kepada penonton untuk menyaksikan penyanyi yang fasih berbahasa Melayu ini mengembangkan bakat dalam bidang lakonan.

Diterbitkan First Filem & Video Production Sdn Bhd, Ratu Kumang mengisahkan watak pemuda bernama Tony merasa hidupnya mula dalam dilema apabila dia menerima sepucuk surat misteri dari seorang wanita bernama Jemima yang mengaku bahawa dirinya adalah ibu kandung Tony yang sebenar. Apabila persoalan ini diajukan oleh Tony kepada Jenifer yang dia anggap adalah ibu kandungnya selama ini Jenifer akan mengelakan diri dari menjawab soalan dari Tony.

Akhirnya persoalan tentang surat misteri itu terjawab apabila Tony melihat Jenifer secara rahsia telah membaca surat misteri tersebut. Setelah didesak berkali-kali oleh Tony, Jenifer memberitahu pada Tony bahawa dia memang mengenali Jemima dan Jenifer juga mengakui bahawa Jemima adalah ibu kandung Tony yang sebenar.

Jenifer memberitahu pada Tony bahawa dia hanyalah ibu tiri yang menjaga Tony dari kecil setelah Tony diserahkan oleh Jemima. Apabila persoalan ditimbulkan oleh Tony kenapa dia tidak diberitahu akan hal yang sebenar selama ini Jenifer menyatakan bahawa pada mulanya hak penjagaan telah diberikan kepadanya oleh Jemima bercerai dengan Anthony iaitu suami Jemima dan Jenifer.

Anthony telah dijatuhkan hukuman oleh Tuai rumah panjang supaya bercerai dengan Jemima kerana Anthony telah menipu warga rumah panjang bahawa dia masih bujang semasa berkahwin dengan Jemima. Tony yang masih bayi dibawah jagaan Jenifer dan Anthony telah dibawa oleh Jenifer dan suaminya ke Kanada kerana suaminya Anthony ada tugas diluar negara.

Apabila pulang semula ke Malaysia Jenifer menghubungi Jemima tapi Jemima sudah tidak mahu lagi mengambil tahu akan hal Tony kerana Jemima memberitahu bahawa dia telah mempunyai suami baru dan sudah mempunyai anak. Oleh kerana itu Tony telah dijaga oleh Jenifer dengan penuh kasih sayang seperti anak kandung sendiri. Sebabnya Jenifer tidak mahu memberitahu akan hal yang sebenar adalah kerana tidak mahu Tony memikirkan perkara yang bukan-bukan tentang keburukan ibu kandungnya.

Tony yang merasa sedih dan tak berpuas hati dengan penjelasan dari Jenifer telah pergi ke Lubuk Antu untuk berjumpa dengan Jemima dan ingin mendapatkan penjelasan daripada Jemima diatas apa yang telah terjadi.

Di Lubok Antu Tony telah berjumpa dengan Jemima ibu kandungnya. Dapatkah hubungan anak beranak kandung itu kembali bertaut? Tercapaikah hasrat Tony untuk me meraikan Hari Gawai pada tahun ini bersama Jenifer dan Jemima?

Segalanya bakal terjawab apabila anda meluangkan masa menonton Ratu Kumang yang disiarkan mengisi slot Mustika pada 05 Jun 2009 (Jumaat), jam 10.00 pagi di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama La Dolce Amira di TV3

Video Imran Ajmain Nyanyi Lagu Harapan Kecewa