in , ,

Video Zahirah MacWilson & Keda’Z di Pelancaran OPPO Find X

Pengeluar telefon pintar jenama global terkemuka OPPO hari ini telah melancarkan OPPO Find X dan mengumumkan kemunculan pelakon TV wanita , Zahirah MacWilson dan jurufoto ekslusif OPPO Malaysia Keda.Z melalui kombinasi teknologi-teknolgi inovatif dengan falsafah reka bentuk canggih, mencerminkan sepenuhnya kesungguhan OPPO dalam mempelopori telefon pintar futuristik terbaik.

Pelancaran OPPO Find X

Pelakon wanita dan model Zahirah yang juga pengguna OPPO Find X, mula menceburi bidang peragaan pada usia 12 tahun dan mula menempa nama melalui debut dalam drama “Dunia Generasi Baru”. Beliau mula mendapat perhatian tidak lama kemudian apabila muncul sebagai watak utama dalam “Mencintaimu”. Sejak itu beliau semakin banyak menerima tawaran watak utama termasuk “Cik Cinderella” dan “Encik Tengku’. Sentiasa tampak muda dan fotogenik, Zahirah juga amat berminat dalam bidang fotografi dan sangat aktif di media sosial dimana beliau sentiasa berhubung dengan para peminatnya.

Pelancaran OPPO Find X

Sekiranya Zahirah amat menggemari dunia glamernya, manakala jurufoto ekslusif OPPO, Keda’z pula lebih gemar berada di belakang kamera. Berasal dari Johor, jurufoto berbakat ini juga merupakan ahli kepada Soka Gakkai Malaysia yang amat menyukai seni sejak dari dulu lagi dan kerap menyertai pertandingan melukis – yang kebanyakannya dimenangi beliau. Beliau akhirnya menemui kecintaan beliau terhadap teknologi dan mengambil keputusan untuk menggabungkan kedua-duanya yang akhirnya membawa beliau ke bidang fotografi.

Kemunculan kedua-dua personaliti ikonik ini mempamerkan kesungguhan OPPO Find X yang melangkah jauh ke hadapan bagi memberikan yang terbaik dari dua aspek – seni dan teknologi dalam satu produk.

Telefon pintar siri Find ini menggambarkan penerokaan berterusan OPPO terhadap teknologi dan kesenian dengan idea-idea bermutu tinggi dalam pembangunan masa depan telefon bimbit. Find 5 telah memulakan era paparan HD penuh; Find 7 memperkenalkan teknologi Pengecasan Pantas VOOC terkini dan skyline pulse light yang elegan. Setiap generasi produk-produk Find ini telah meletakkan OPPO selangkah lebih hampir kepada teknologi dan seni pelakuran (fusion) yang sempurna lalu menghasilkan telefon pintar yang mengagumkan bagi pengguna di serata dunia.

Pelancaran OPPO Find X

“Sememangnya OPPO Find X adalah kamera yang perlu dibawa ke mana-mana kerana ia mempunyai 16+20 Megapixels AI-enhanced Dwi-kamera dalam badannya termasuk penstabilan imej optikal yang memberikan prestasi pengambilan foto yang lebih stabil dan jelas. Tidak kira siang atau malam, gambar akan sentiasa terang dan jelas,” kata Zahirah. “Selain dari itu, reka bentuk telefon yang sangat elegen memberikan ia satu sentuhan kelas tersendiri yang sangat kena dengan stail fesyen saya.

“Sambil kita berlumba-lumba ke masa depan, OPPO Find X adalah produk yang mempamerkan bagaimana karya seni dan teknologi boleh dan sepatutnya disatukan kerana ia akan mencipta suatu nilai keajaiban dan kehebatan. Dalam bahasa mudahnya, kecantikan dengan matlamat.” tambah beliau.

OPPO Find X memperkenalkan reka bentuk baharu yang indah dan ciri-ciri yang diperbanyakkan dengan inovasi-inovasi terbaharu termasuk rekaan panel panorama tanpa lubang hadapan dan belakang yang mengagumkan dan juga Lampu Berstruktur 3D. Bersama, teknologi-teknologi ini membawa pengalaman pengguna telefon pintar ke tahap seterusnya. OPPO percaya bahawa telefon pintar bukan sekadar alat komunikasi tetapi juga merupakan sebuah karya seni dan Find X adalah bukti kepada falsafah ini.

Pelancaran OPPO Find X

“Apabila saya melihat OPPO Find X untuk pertama kali, serta-merta inspirasi saya datang, seolah-olah saya didatangi dengan pelbagai idea dari semua arah mengenai gambar-gambar yang boleh diambil,” kata Keda’Z. “ Biasan OPPO Find X dari pelbagai sudut sememangnya amat bernilai. Saya sangat kagum dengan reka bentuk susuk badan telefon yang ‘sleek’ dan kombinasi warna Merah Bordeaux dan Biru Glacier memang mengagumkan bagi saya. Secara amnya, saya sangat terinspirasi dengan permandangan dan manusia, jadi apabila dirangsangkan oleh telefon itu sendiri sememangnya ia adalah satu detik yang sangat istimewa. Kombinasi seni dan teknologi adalah sesuatu yang hebat dan tiada bandingannya, dan saya sendiri sangat teruja tentang ini.” tambah beliau.

Pelancaran OPPO Find X

Menerokai keindahan luar biasa: Panoramik dan reka bentuk bersepadu
Dengan reka bentuk panaromik, Find X telah menempa satu langkah baharu sebagai gaya dan citarasa elegan yang menggambarkan “keindahan alam semula jadi” yang menggabungkan kedamaian dan kecergasan. Find X mencapai siluet yang sempurna, terima kasih kepada reka bentuk tanpa lubang hadapan dan belakang dan juga dilengkapi dengan cermin 3D kemas di hujung. Find X memang sangat bergaya untuk dilihat dan selesa di tangan anda.

Pelancaran OPPO Find X

Find X memperkenalkan Skrin Gerbang Panaromik (Panoramic Arc Screen) yang unik dan indah, sebuah paparan all-screen tanpa sebarang kompromi. OPPO menggunakan COP teknologi flexible screen packing pada Find X yang membawakan nisbah skrin visual kepada 93.8%. Dengan paparan hadapan hampir kesemuanya skrin penuh, Find X dan skrin panaromiknya memberikan pengguna pengalaman visual yang mengagumkan.

Find X mempunyai dua kombinasi gradient warna – Merah Bordeaux dan Biru Glacier. Proses Warna Multifaceted yang digunakan oleh OPPO menghasilkan campuran sempurna reka bentuk gradient dengan gerbang 3D di belakang. Dalam cahaya, Find X akan berkilau seperti kristal dan air mengalir, mempamerkan kesan warna yang berubah mengikut persekitaran anda.

Pelancaran OPPO Find X

Menerokai kehalusan: Kamera-kamera Stealth 3D
Find X menggunakan struktur gelongsor inovatif yang tersembunyi di dalam badan peranti. Bila tidak digunakan, kamera-kamera akan tersorok, ini memberikan suatu perincian luaran yang lebih kemas dan rapi. Bila diaktifkan, kamera akan terbuka secara automatik untuk membuka kunci dan mengambil gambar. Pergerakan menggelongsor atas bawah juga memberikan Find X sentuhan semula jadi dan reka bentuk yang lebih praktikal. Tambahan lagi, pasukan produk OPPO telah menjalankan ujian yang terperinci ke atas struktur gelongsor disamping kebolehan mengesan ketinggian jatuhan dan disembunyikan di dalam telefon, jadi ini telah mengimbangi seni rekaan dan ketahanan penggunaan.

Pelancaran OPPO Find X

Kamera Stealth 3D bukan sahaja termasuk 25-megapixel kamera hadapan dan dwi kamera belakang 16MP+20MP tetapi juga dilengkapi dengan modul lampu berstruktur dengan pelbagai komponen berteknologi tinggi. Flood illuminator, kamera infra merah, sensor jarak dekat, projektor dot, alat penerima dan kamera RGB diintegrasikan ke dalam unit ini. Modul lampu berstruktur 3D pada Find X boleh memancarkan 15,000 dot, bagi membina modul wajah 3D pengguna yang tepat dan lengkap dan kemudian membandingkan dengan wajah pemilik yang didaftarkan untuk membuka kunci.

Struktur Cahaya Pengecaman Wajah 3D mempunyai tahap keselamatan yang lebih tinggi berbanding pengenalan cap jari. Kadar pengesanan cap jari palsu adalah 1/50,000, manakala kadar pengesanan bagi Struktur Cahaya Pengecaman Wajah 3D palsu adalah 1/1,000,000. Struktur Cahaya Pengecaman Wajah 3D yang dibangunkan oleh OPPO menjadikan pembukaan kunci lebih selamat.

Menerokai keindahan sebenar: Peningkatan cemerlang dari 2D ke 3D

Dikuasakan oleh lampu berstruktur 3D, OPPO Find X terus mengorak langkah dalam fotografi. Dengan perakaman data wajah berketepatan tinggi, ditambah lagi dengan kamera pandang hadapan 25MP, Find X memperkenalkan 3D Smart Selfie Capture. Find X membina model 3D wajah pengguna menggunakan Struktur Cahaya Pengecaman Wajah 3D dengan ketepatan tahap millimeter. Berdasarkan hasil model 3D, teknologi AI menganalisa karater wajah seperti bentuk dan ciri-ciri wajah bagi memberikan cadangan untuk menjadikan wajah kelihatan lebih semula jadi dan realistik.

Tambahan lagi, pengecaman wajah yang tepat membolehkan Find X merangsang pelbagai kesan cahaya pada wajah manusia, jadi pencahayaan pemotretan boleh dilakukan walaupun pada swafoto. Pelbagai kesan pencahayaan boleh dilakukan termasuk mengenengahkan ciri cahaya kontur wajah manusia, cahaya dwi warna yang merangsang warna klasik neon merah-biru dan cahaya rim yang mencerahkan tona kulit dan menjadikan kontur lebih jelas. Pencahayaan pemotretan menjadikan swafoto anda lebih cantik dan artistik.

Pelancaran OPPO Find X

Selain dari 3D Smart Selfie Capture, Struktur Cahaya Pengecaman Wajah 3D juga mempunyai satu lagi fungsi yang menarik – 3D Omoji. Anda boleh memilih sebarang imej menarik untuk dijadikan Omoji atau menghasilkan karakter kartun (cartoon avatar) dan kemudian menghasilkan video atau Emoji GIF. Kini, anda boleh menggunakan Omoji anda sendiri dalam sebarang aplikasi chat dengan rakan-rakan anda. Selamat berhibur!

OPPO Find X juga memberikan penyelesaian bagi fotografi cahaya belakang. Teknologi real-time pixel-level graded exposure, Sensor HDR 2.0, menjadikan subjek dan latar belakang lebih jelas ketika pengambilan swafoto. Teknologi ini mengekalkan kesan prebiu secara serentak dengan imej terakhir, bermakna anda akan dapat apa yang anda nampak.

Tambahan lagi, OPPO Find X telah memudahkan pengambilan foto-foto yang berkualiti tinggi. Dengan bantuan Pengecaman AI Scene, ia dengana bijaknya mengecam babak-babak dan obkjek-objek semasa mengoptimumkan imej. Ia mampu merakam lebih dari 20 senario fotografi dan lebih dari 800 senario penggabungan termasuk salji, makanan, binatang peliharaan dan macam-macam lagi.

Terokai Kepintaran: Sistem AI ColourOS 5.1
OPPO sentiasa menerokai bagaimana untuk memaksimumkan penggunaan AI bagi meningkatkan pengalaman pengguna. Berdasarkan Android 8.1, OPPO ColorOS 5.1 digabungkan secara menyeluruh dengan enjin AIE dari platform mudah alih Snapdragon 845. Kemampuan AI dari pengabungan ini membantu ColorOS 5.1 untuk memahami keperluan pengguna dengan lebih baik berbanding sebelumnya.

Sebagai generasi ketiga Qualcomm Mobile AI Platform, platfom mudah alih Snapdragon 845 telah dibina dengan setiap ciri terkedepan (forward-looking) termasuk kamera, gaming, pembantu peribadi pintar dan sekuriti ala peti besi termaju. Dengan Qualcomm® Hexagon™ 685 DSP terbaharu, CPU dan GPU yang dipertingkatkan, platform mudah alih Snapdragon 845 adalah lebih kukuh, laju dan pintar berbanding sebelumnya.

OPPO Find X menampikan built-in Google Assistant dan MIC pintar penggunaan kuasa rendah dengan modul DSP. Ini bermkana OPPO Find X bukan sahaja mampu mengenalpasti tahap magnitud bunyi bising dengan pintar malah ia juga boleh mengubah prestasi secara automatik bagi memastikan kadar kejayaan pengaktifan adalah tinggi. Sekarang, Google Assistant mampu bertahan sepanjang hari walaupun telah diaktifkan pada bila-bila masa.

Terokai lebih lagi: Edisi OPPO Find X Automobili Lamborghini
Eksplorasi masa hadapan OPPO tidak hanya terhad kepada produk –produk. Turut diumumkan pada perasmian Find X adalah Edisi OPPO Find X Automobili Lamborghini, menampilkan tekstur fiber karbon yang sama digunakan secara meluas pada kereta-kereta sport Lamborghini untuk melindungi badan peranti yang langsing. Penutup gelap berkualiti tinggi ini merupakan hasil yang sempurna dalam tekstur yang hebat bagi peranti dan pada sesuatu yang mengekspresikan kelajuan melalui reka bentuk.

Edisi OPPO Find X Automobili Lamborghini akan menampilkan tema ColorOS tersendiri disamping menyokong SUPERVOOC Flash Charge. Produk unik ini adalah luahan sempurna kepantasan melalui reka bentuk. SuperVOOC Flash Charge mampu mengecas kuasa telefon bimbit melebihi 50W buat pertama kali. Telefon ini mampu dicas sepenuhnya dalam masa 35 minit. Ini bukan sahaja memberi definisi baharu kelajuan mengecas peranti yang sediada malah ia juga mempertingkatkan pengalaman pengguna ke tahap seterusnya.

Dengan harga RM3,699, pra-pesanan untuk OPPO Find X boleh dibuat bermula dari 17 haribulan Julai 2018 samada dibuat terus di Kedai Konsep OPPO atau melalui laman web rasmi OPPO dan dari rakan-rakan jualan e-commerce OPPO seperti Lazada, 11Street dan Shopee. Pelanggan juga boleh terus ke Celcom Blue Cube sebagai pilihan. Pelanggan yang membuat pesanan secara pra-pesanan akan menerima sebuah Olike Neo berharga RM376.

Pelancaran OPPO Find X

Pelancaran OPPO Find X

# # #
Mengenai OPPO
OPPO adalah jenama telefon kamera yang diminati oleh orang muda di seluruh dunia.

Sejak 10 tahun yang lalu, OPPO telah memfokuskan kepada pembuatan telefon berkamera, berasaskan inovasi penemuan teknologi fotografi mudah alih. OPPO memulakan era pengindahan Swafoto, dan merupakan jenama pertama yang melancarkan telefon pintar dengan kamera hadapan 5MP dan 16MP. OPPO juga merupakan jenama pertama yang memperkenalkan kamera berputar-bermotor, bercirikan Ultra HD dan teknologi 5x Dual Camera Zoom. Siri Swafoto Expert F OPPO yang dilancarkan pada tahun 2016 menjadikan Swafoto dalam industri telefon pintar suatu yang trending.

Pada tahun 2017, IDC telah menyenaraikan OPPO sebagai jenama telefon pintar ke 4 terbesar di dunia. Dan hari ini, OPPO menyediakan pengalaman fotografi telefon pintar yang sangat hebat kepada lebih ramai orang muda di seluruh dunia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Imagine Dragons Lancar Single Terbaru NATURAL

AirAsia Rai Sedekad Kejayaan Terbaik Dunia