in

Video Salma Mentor 5 Yang Terindah Hanya Sementara

Video Salma Mentor 5 Yang Terindah Hanya Sementara

Fuh, power giler vokal Salma Mentor 5 ni. Walaupun juri profesional Zainal Abidin kata, suara yang tinggi tidak bermakna dapat menyanyi dengan baik, tapi persembahan pertama Salma sangat outstanding kalau dibandingkan dengan peserta yang lain.

Tahniah buat Salma dan mentornya, Erra Fazira kerana menang juara mingguan Mentor grup B dengan kutipan markah tertinggi sebanyak 80 markah.

Rasanya, tak perlu lagi menimbulkan atau membangkitkan isu Salma tak cantik. Yang penting, Salma cantik pada persepsi Erra Fazira dan peminatnya. Betul kata Erra Fazira, cantik itu sesuatu yang subjektif. Tapi semalam, Budiey nampak Salma cantik je. Celah mana Salma Mentor ni tak shantek? Okay je Budiey tengok. Cume mata Salma sepet je la sikit. Apa-apa pun, sepet bukan bermakna Salma tak cantek okay! Sekali nampak macam Elly Mazlein. Dua kali tengok macam Ramlah Ram. Hehe..

Ada juga komen yang Budiey dengar, suara vokal Salma ni lagi superb kalau nak dibandingkan dengan mentornya, Erra Fazira. Ish, macam tu sekali ke? Tak patut, tak patut. Yang penting, Erra Fazira nampak sangat lawa meletop semalam. Performance masa kolaborasi dengan Salma mengembalikan ingatan Budiey masa zaman-zaman kegemilangan Erra Fazira dulu-dulu.

erra salma

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Kahwin Kris Dayanti Raul Lemos

Tycoons of Asia Tony Fernandes