in

Video PSY Ajar Britney Spears Menari Oppa Gangnam Style

Beberapa hari yang lalu, Budiey diberi satu link di youtube di mana memaparkan video yang dipetik dari program bual bicara yang sangat popular di Hollywood iaitu The Ellen DeGeneres Show.

Dalam video ni, Ellen telah buat kejutan kepada penyanyi tersohor, Britney Spears dengan menjemput penyanyi rap Korea yang kini sedang top di seluruh dunia dengan video klip Oppa Gangnam Style.

Kalau nak tahu, Britney Spears ni memang suka dengan tarian kelakar PSY ni sehingga beberapa kali memujinya di Twitter miliknya.

Britney Spears akhirnya tercapai juga keinginan beliau untuk bertemu dengan penyanyi lagu yang tengah popular sekarang ni Oppa Gangnam Style. Dan PSY sendiri menunjukkan pada Britney macamana untuk menari lagu ni dengan gayanya! Kata Britney, dia ingin menari sama macam PSY.

Dalam rancangan temubual The Ellen DeGeneres Show, Spears telah diberi kejutan apabila Ellen berkata Psy dari korea akan datang ke sini ( show) untuk ajar cara menari ala-ala Gangnam.

“Anda tweet bahawa anda mahu belajar menari gaya Gangnam Style,” kata Ellen kepada Spears apabila bulan lepas dia mengulas mengenai psy “Gaya Gangnam” di twitter.

Dengan itu, psy muncul dan mengajar Spears dan Ellen tarian yang dicirikan oleh “dressing classy, dancing cheesy. cheesy.”

Kini Psy penyanyi dari korea itu semakin digilai oleh semua peminat seluruh dunia di mana setiap hari ada sahaja video parody yang dibuat. Kalau tak percaya, korang cubalah google di Youtube.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nadia Penyanyi Salam Untuk Kekasih Buat Comeback

Rita Rudaini Tidak Takut Aidil